March 2018 - CINTA HATI SAYA

Tuesday 27 March 2018

THYROID : KENALI PUNCA, SIMPTOM DAN KESANNYA..ADAKAH IANYA MEMBAHAYAKAN ?

March 27, 2018 0
THYROID : KENALI PUNCA, SIMPTOM DAN KESANNYA..ADAKAH IANYA MEMBAHAYAKAN ?
Assalammualaikum.



 Tiroid merupakan kelenjar berbentuk rama-rama yang terletak dibahagian hadapan leher. Ianya mengeluarkan hormon tiroid yang berfungsi memberikan tenaga dan metabolisme. Masalah utama yang sering terjadi apabila tiroid kekurangan iodin.

Bila iodin kurang dalam hormon tiroid, akan timbul beberapa masalah seperti kemurungan, berat badan menurun dan kurang bertenaga. Iodin boleh di dapati di dalam makanan seperti yogurt, keju mozarela, kranberi, strawberi, rumpai laut, susu dan telur.



Dalam kelenjar tiroid ini akan mengeluarkan  2 hormon iaitu hormon Tiroksin (T4) dan hormon Triiodotiroksin (T3). Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan. Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon.

Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.

Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
1. Berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal iaitu :
i - Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif). Penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan
 
ii - Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif). Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)

2 .Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri
 
i - Goiter merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak, tetapi ianya bukan penyakit. Ianya boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
 
ii - Nodul tiroid ialah ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor . Ianya boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.

iii - Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal. Ianya boleh terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda  limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.


SIMPTOM-SIMPTOM 




Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
  1. Tangan menggeletar (tremor)
  2. Rasa gementar
  3. Degupan jantung yang laju
  4. Mudah berpeluh dan panas
  5. Susut berat badan
  6. Lesu dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
  1. Lesu
  2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
  3. Kulit kering
  4. Sembelit
  5. Sentiasa berasa sejuk
  6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

KESAN-KESAN 

Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah seperti :
  1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
  5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
  6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah seperti :
  1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
  2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
  3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
  4. “Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.

Jadi, kita seharusnya peka terhadap setiap anggota tubuh badan kita untuk mengenalpasti akan kewujudan sesuatu penyakit.Nanti saya akan sharekan tentang cara mengatasinya.






Sunday 25 March 2018

YOUTH : 4 BAHAN UTAMA DALAM YOUTH YANG ANDA TIDAK KETAHUI DAN IANYA PENTING

March 25, 2018 1
YOUTH : 4 BAHAN UTAMA DALAM YOUTH YANG ANDA TIDAK KETAHUI DAN IANYA PENTING
Assalammualaikum..

Seperti yang kita ketahui, Youth adalah produk penjagaan kulit dari Shaklee yang dah pun berada dipasaran sejak bulan Mac lagi.

Dan sekarang ianya menjadi semakin laris dari hari ke hari.

 Kenapa ianya semakin laris ye ??

Apa yang membuatkan Youth nie semakin laris ??

Bagaimana Youth nie bertindak untuk kulit ??

Jom kita terjah, apa yang ada dalam Youth nie yang orang ramai semakin jatuh cinta.



1. MUSCADINE GRAPE


Bahan yang ada lam Youth nie sama dengan yang ada dalam Vivix. Muscadine Grape adalah bahan utama yang mengandungi polifenol yang diproses dan dipatenkan untuk melindungi dan membaiki DNA serta menghalang kerosakan kolegan dan elastin. Ianya juga menjadi pelindung kulit dari radikal bebas.


2. LOTUS JAPONICUS


 Lotus Japonicus ini membantu mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan kolagen, elastin dan fibrilin. Ianya juga menjadikan kulit tegang tanpa kedutan

Dihasilkan bersama dengan Schisandra Chinensis untuk memperbanyakkan nutrien dan tenaga pada struktur kulit secara berstruktur.


3. APPLE STEM CELL EXTRACT

 
Apple adalah salah satu bahan utama dalam Youth. Ianya berfungsi mengaktfikan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Selain itu, apple stem cell juga membantu mengekalkan dan membaiki tisu kulit agar menjadikan kulit sentiasa berseri, lembut, segar dan tahan lebih lama.


4. SCHISANDRA CHINENSIS


Di negara Jepun, China, dan Korea, mereka telah lama menggunaka Schisandra Chinensis nie untuk menjadikan kulit mereka kelihatan cantik. Jadi, Youth telah menggunakannya untuk membantu melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.

Schisandra Chinensis ini juga membantu menyokong struktur kulit, menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan memberikan khasiat kepada kulit.

Schisandra Chinensis bersifat antioksida untuk membantu melindungi kulit dari radikal bebas.


5. VITAL REPAIR + (VITAMINS+BOTANICALS)




VITAL REPAIR ini membantu memberikan nutrien antioksidan dan vitamin-vitamin yang sangat penting untuk menghalang kulit dari terkena radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Ianya juga membantu menggalakkan tumbesaran kepada sel baru



Youth menjanjikan yang terbaik untuk semua jenis kulit tanpa meragukan. Ianya juga ter terbukti dalam pelbagai testimoni yang telah dilakukan. dan kesannya dapat dilihat seawal 7 hari penggunaannya.

Jika anda inginkan yang lebih baik untuk kulit, anda haruslah pilih untuk dalaman juga. Bak kata orang cantik luaran, cantik dalaman juga, barulah kulit akan menjadi lebih berseri-seri.




Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya...


Anda juga boleh membelinya secara sendiri dengan klick di bawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=470a56024992f439e57c954aec7e0a26

PART 3 : STB2018 PROGRAM TEAM BUILDING YANG PALING MENCABAR

March 25, 2018 0
PART 3 : STB2018 PROGRAM TEAM BUILDING YANG PALING MENCABAR
Assalammualaikum..

Hari ke 3 kami kat Klana Seremban nie..dan hari yang terakhir kami ada kat sini..sepanjang 2 hari kami disini banyak yang membawa kami kearah kebaikan dan lebih utama adalah cara bagaimana kami nak memantapkan diri kami dalam sesebuah biz tu..Bukan hanya untuk diri sendiri tapi jugak untuk famili kita dan famili Shaklee..Nak teguhkan sebuah empayar tu.
Ok..hari ke 3 nie kami hanya buat xtvt santai sahaja..xde lah nak buat yang heavy lagi dh..sebabnya semalamnya dah buat yang xtream..nak tahu ape dia..boleh tengok kat part 2 nie..Dalam tu ada banyak gambar dan cerita pasal outdoor games nie..
Ok..kali nie..kami dibahagi kepada 3 kumpulan wanita sahaja..Dalam kumpulan nie semuanya berlainan partner tau..bukan macam team sebelum nie..Jadinya..kaum wanita ada 3 kumpulan..dan masing2 perlu buat xtvt yang telah disediakan oleh Ajk kami.



1st xtvt..masukkan gelung kedalam botol air..dari 3 kumpulan..kumpulan kami dapat banyak..iaitu 3 gelung dari 21 gelung..hahaha..ok la kan dari xde..lain2 kumpulan dapat masuk kan 2 je..Dan apa yang sy nak simpulkan dalam permainan nie ialah..fokus untuk goal..means..kita perlukan fokus untuk dapatkan sesuatu itu..


2nd games makan biskut tanpa menggunakan tangan atau kaki..of couse la kaki memang xleh kan..bagaimana nak masukkan tu..ikut kreativi kita..nanti saya akan share kan video nya..hahaha..korang tengok lah sendiri nanti..


3rd games pula kene terbangkan ikan tu smp ke penamat..1ekor dengan 3 org..pandai2 lah  nak buat macam mane..hahaha..akhirnya sampai jugak..memang kelakar jugak la..sebab anak2 kami yang tengok dah cakap..games paling senang..memang tercabar cikit la bila anak2 cakap mcm tu..

Ada lagi sebenarnya tapi nantilah saya nak buat yang last part 4 punya pulak..Tunggu ada gambar yang tak upload lagi dalam facebook kami.Tunggu tau.

PART 2 : STB2018 PROGRAM TEAM BUILDING YANG PALING MENCABAR

March 25, 2018 0
PART 2 : STB2018 PROGRAM TEAM BUILDING YANG PALING MENCABAR
Assalammualaikum..

Nie hari yang kedua saya join STB2018 under Supermom. Ok kali nie aktiviti dia memang agak mencabar lagi..semuanya outdoor games. Jadi, kita kne perlukan stamina dan mental yang kuat untuk menghadapinya. Fuhhh..memang tercabar la sangat2 nie..sekali tengok padang dia memang macam xde pape je..tapi bila dah mencubanya..Allah..sungguh la gerun..tak tau nak kata ape lagi dah..

Ok..sebelum tu kami diberikan taklimat dari consultan aktiviti dahulu..untuk tunjuk ajar bagaimana cara permainan outdoor games nie. Dan kami diberikan 5 games untuk bermain.




1st games kami diberikan permainan obstacle yang saya rasa agak mencabar la jugak. Sebabnya tak pernah buat. Dalam games nie kumpulan kami perlu menjalani setiap halangan yang ada. Gerun jugak lah nak buat..sampai menggigil kaki dan tangan saya nak laluinya. Sungguh, dah la 1st time buat. Mana tak takutnya.


2nd games pulak kami perlu buat realing..ala..yang macam bomba selalu buat tu..aduii..gayat jugak la nie..xpernah buat jugak..dulu time kursus selalu elak je kan..kali nie tiada maaf bagimu..hahaha..kenelah jugak..alhamdulillah sampai jugak ke bawah..hahaha..





3rd san 4 game pulak kami diberikan 2 kumpulan sahaja..means kumpulan 3 dan 4 bergabung. So kami kne buat halangan yang mencabar jugak. Tapi dengan diberikan sebatang buluh yang diberi nama Supermom. So kami kena jaga supermom tu elok2.jangan sampai terjatuh.terkena rumput. Sambil melalui halangan semua. Tapi apa yang sy paham. Buluh tu ada fungsinya. Ianya menyokong semua halangan yang kami lalui. Dengan kerjasama dari semua team akhirnya dapat lalui halangan dalam masa 10 minit sahaja.






Dan yang last tuk petangnya, meresah kolam dengan hanya menggunakan rakit sahaja. Bagaimana nak lalui air tu dengan hanya menggunakan rakit dengan setiap rakit tu hanya ada 4org sahaja. Dan akan dipaskan ke orang yang lain dalam kumpulan yang sama..fuhh..yang nie memang mencabar sungguh laa...sampai terbalik rakit kumpulan kitorg dibuatnya..hahaha..

Hahaha...esoknya dah last day kan..so mlm tu kami ada dinner with Supermom. Malam yang bagi kami sangat-sangat rasa macam sekejapan sahaja STB nie. Mungkin kami terlalu syok sengan semua aktiviti sampaikan dah nak last day.



Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi gambar time STB tu pada hari ke 2, boleh je pergi kat facebook kami. Ada banyak gambar kat ctu. Memang best sangat-sangat tau. 

PART 1 : STB2018 PROGRAM TEAM BUILDING YANG PALING MENCABAR

March 25, 2018 0
PART 1 : STB2018 PROGRAM TEAM BUILDING YANG PALING MENCABAR
Assalammualaikum..


Minggu nie sy ada team building dari Supermom..Sape Supermom tu..??? Supermom adalah nama group Shaklee..dan setiap group Shaklee nie ada nama masing2 yang boleh kita duduki..Dalam Supermom , kami ada leader iaitu Master Hadhatina..Beliau merupakan pengasas group nie..Dan dibawah naungan beliau ada beribu-ribu ahli Shaklee termasuk lah saya sendiri..hihihi..
 

Mereka adalah leader Supermom

So, sy nak ceritakan cikit pasal STB nie..minggu nie iaitu 17-19 Mac 2018, group Supermom telah adakan team building. Dan dalam akticiti nie, kami diberikan task yang berlainan dengan STB sebelum nie.. Dan nie merupakan kali ke 3 Supermom buat aktiviti tok anak cucu cicit mereka. Aktiviti yang dorang buat memang mencabar dan tercabar sangat.

Sebelum saya start cite, dedi kami ada suruh buat something tau iaitu buat Vision Board. Dalam VB itu, kami dikehendaki tampal apa sahaja yang kami nak dalam masa 2 tahun. Tak kiralah apa sahaja. Sebabnya itu vision kami yang kami nak dari Shaklee. Banyak yang sy nak kan sebenarnya, tapi sy buat bukan untuk diri saya seorang tetapi untuk seluruh famili saya. Mereka dah menyokong saya, dah bantu saya dalam susah senang, semuanya lah. Jadi sy nak balas balik ape yang dah dorang korbankan untuk saya. Mungkin ianya tak berbaloi, tapi itu keikhlasan saya untuk mereka.

Banyak ilmu dan manfaat dari semua aktiviti yang dorang telah aturkan dan kami jalankan. So, tok 1st day aritu, kami diberikan task dalam dewan. Nampak je dalam dewan, tapi dorang punya aktiviti memang tak terfikir dek kita. Ada 4 games yang kami buat, semuanya memerlukan fokus, kerjasama dengan team.
Time malam pula, kami sekali lagi diberikan task. Tapi kali nie berlainan cikit, sebabnya fokus yang kita aim nie lain macham tau. Bagaimana nak patahkan sebatang pencil hanya menggunakan satu jari sahaja. Nampak macam mudah bila kita dengar, tapi sebenarnya ia memerlukan fokus yang betul2 kita hendaki. Barulah kita dapat patahkan sebatang pencil tu.




Dan sy dapat buat 2 kali..hahah sebabnya yang 1st tu sy juz nak tengok betul ke xpatah kalau kita xfokus. Dan ia..memang benar, pencil tak patah tapi jari kita yang sakit. Tapi bila mami Hadha berikan kata2 semangat dan sy mulakn untuk fokus..Alhamdulillah dengan mudah nya saya dapat patahkan pencil tu.

Kalau saya nak isikan gambar untuk hari pertama je dah lebih 500 gambar tau. Nah saya bagi korang link yang korang boleh terus tengok kat facebook kami.

So, sy berharap hari 1st tu dapat berikan saya sesuatu yang sy tak pernah hargai sebenarnya, betapa mudahnya nak buat Shaklee nie..Hanya dengan fokus dan fokus untuk kita dapatkan something tu. Time fokus tu, apa yang sy bayangkan adalah wajah anak2. Merekalah penguat saya untuk teruskan kehidupan nie, walaupun dah banyak rintangan yang kami lalui. Bukan saya sorang je, tapi mereka juga. Allah....
Oklah..saya nak join pulah tok hari esoknya..doakan saya berjaya dalam Shaklee nie ye. Dan sy juga akan doakan anda pembaca blog saya nie untuk terus maju dan berjaya dunia akhirat..aamiin

Friday 23 March 2018

AUTISME : TANDA-TANDA DAN PEMANTAU YANG TINGGI TERHADAP ANAK AUTISME AGAR MEREKA BERDIKARI

March 23, 2018 0
AUTISME : TANDA-TANDA DAN PEMANTAU YANG TINGGI TERHADAP ANAK AUTISME AGAR MEREKA BERDIKARI
Assalamualaikum.



Kebelakangan ini kita sering dengar mengenai anak Autisme. Malah ada yang bernggapan mereka nie menyusahkan bila sudah besar. Bagaimana nak berdikari tanpa pengawasan dari mereka yang normal. Tapi itu sume tidak membataskan seorang ibu dan bapa untuk menjaga anak mereka yang menghidapi Autisme nie.


APA ITU AUTISME ??

Autisme ialah bukan penyakit yang sering kita dengar tetapi adalah kecelaruan dari segi neurologi dan bukan psikiatris. Ianya adalah berkait rapat dengan fungsi otak. Autisme nie ialah kecacatan perkembangan tegal (Pervasive Developmental Disorder). Ianya juga melibatkan dalm perhubungan sosial, komunikasi emosi, minat, aktiviti dan juga perangai.

Autisme boleh dilihat dari seusia anak seawal 3 tahun lagi, yang mana segala perkembangan mereka seperti terjejas. Sebagai contoh, melakukan sesuatu aktiviti dengan khusyuk dan obses terhadap sesuatu. Walaubagaimanapun, ianya boleh dirawat dengan melakukan latihan awal setelah mendapat tahu melalui dokotr. 

Terdapat 2 jenis autisme yang boleh dikelaskan iaitu autisme regresif dan autisme awal bayi. Autisme awal bayi boleh dilihat sebaik sahaja bayi dilahirkan, manakala autisme regresif pula boleh dilihat seawal 18 bulan.




TANDA-TANDA AWAL AUTISME.

* Anak anda tidak menunjukkan eye contact. Dimana jika anda berkomunikasi dengan mereka, anak anda tidak akan membahas eye contact dengan anda, seolah-olah mereka berada dalam dunia mereka sendiri.

* Tidak menunjukkan tindak balas dengan senyuman. Bila anda bermain dengan anak anda, mereka tidak menunjukkan tindakbalas senyuman. 

* Tantrum yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan kecederaan pada mereka sendiri.

* Sering menyebut perkataan berulang-ulang. Mereka akan menyebut perkataan dengan berulang-ulang walaupun telah mengajar dengan perkataan yang lain.

* Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang agak pelik. Anak autisme nie mereka memang akan lebih cenderung kepada minat yang agak pelik dari anak yang normal. 

* Terlalu obses terhadap sesuatu. Minat mereka akan suka terhadap sesuatu hingga terlalu obses.

* Gemar kibarkan tangan dan berpusing badan setempat. Kadang-kadang mereka suka untuk gerakkan tangan dan berpusingkan badan mereka. Bagi anak berusia 18 bulan keatas, mereka akan menggunakan isyarat sahaja berbanding menggunakan perkataan.


Apa yang perlu ibu bapa buat jika terdapat tanda-tanda ini terhadap anak mereka ?? 


Sebagai ibu bapa, kita sering mengikuti perkembangan mereka dari seawal usia sehari lagi sehinggalah mereka dewasa. Tapi bila adantanda-tanda mereka yang kelihatan berlainan dari kanak-kanak normal, ibubapa segeralah ke hospital untuk mngetahui lebih lanjut tentang tahap kesihatan mereka.

Malah ada juga ibu bapa yang tidak dapat menerima anak mereka menghidapi Autisme nie, tapi ibu bapa jangan bimbang, sekarang nie anak-anak autisme diberikan keistimewaan yang sangat istimewa buat mereka. Malah mereka akan diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk berdikari. Dan sekarang, kerajaan juga telah berusaha untuk membantu golongan autisme nie.




Ikuti cerita ibu bapa nie, bagaimana mereka dapat mengesan tanda-tanda awal autisme terhadap anak mereka. Disini. Betapa tabahnya mereka menguruskan anak yang autisme nie. Semoga mereka kekal tabah dengan dugaan ini.


Anak adalah anugerah dari Tuhan. Setiap anak yang dilahirkan adalah syurga buat kita, samada mereka normal atau pun tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu dimana kedudukan mereka. Kita sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur mempunyai anak. Oleh itu, hargailah mereka, sesungguhnya mereka adalah amat berharga.