Assalammualaikum.
Tiroid merupakan kelenjar berbentuk rama-rama yang terletak dibahagian hadapan leher. Ianya mengeluarkan hormon tiroid yang berfungsi memberikan tenaga dan metabolisme. Masalah utama yang sering terjadi apabila tiroid kekurangan iodin.
Bila iodin kurang dalam hormon tiroid, akan timbul beberapa masalah seperti kemurungan, berat badan menurun dan kurang bertenaga. Iodin boleh di dapati di dalam makanan seperti yogurt, keju mozarela, kranberi, strawberi, rumpai laut, susu dan telur.
Dalam kelenjar tiroid ini akan mengeluarkan 2 hormon iaitu hormon Tiroksin (T4) dan hormon Triiodotiroksin (T3). Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan
ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada
segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan. Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa
panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan
berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan
oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon.
Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul
penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit
hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus
juga boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
SIMPTOM-SIMPTOM
Hipertiroidisme
merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan
menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala
hipertiroidisme adalah seperti :
- Tangan menggeletar (tremor)
- Rasa gementar
- Degupan jantung yang laju
- Mudah berpeluh dan panas
- Susut berat badan
- Lesu dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme
merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan
menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme
adalah seperti :
- Lesu
- Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
- Kulit kering
- Sembelit
- Sentiasa berasa sejuk
- Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
KESAN-KESAN
Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah seperti :
- Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
- Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
- Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
- Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
- Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
- Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah seperti :
- Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
- Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
- Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
- “Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.
Jadi, kita seharusnya peka terhadap setiap anggota tubuh badan kita untuk mengenalpasti akan kewujudan sesuatu penyakit.Nanti saya akan sharekan tentang cara mengatasinya.
No comments:
Post a Comment