November 2015 - CINTA HATI SAYA

Monday 2 November 2015

KHASIAT VITAMIN C YANG MESTI ANDA KETAHUI

November 02, 2015 0
KHASIAT VITAMIN C YANG MESTI ANDA KETAHUI
Masih ramai lagi yang tidak tahu yang sebenarnya..Vitamin C manusia tidak dapat dihasilkan sendiri..Jadi macam mane nak cari yang betul boleh membantu kecantikan dalaman seseorang itu...

Sebelum membeli Vitamin C sebarangan..baik kita tengok dulu khasiat Vitamin C nie..
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yangmenghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


Semua orang tahu..yang Vitamin C nie membantu kulit menjadi cerah dan licin...Jadi Vitamin C nie amat bermanfaat dengan kita...Terutama pada mereka yang obses dengan kecantikan..