EKZEMA : KENALI 7 JENIS ECZEMA YANG MESTI ANDA KETAHUINYA - CINTA HATI SAYA

Tuesday 10 April 2018

EKZEMA : KENALI 7 JENIS ECZEMA YANG MESTI ANDA KETAHUINYA

Assalammualaikum..

Kulit adalah anggota badan yang paling besar sekali. Dan ianya berfungsi untuk melindungi anggota lain dari terdedah. Tapi bagaimana pula kalau kulit kita mempunyai masalah?? Dengan persekitaran sekarang nie, macam-macam ancaman yang boleh kita hadapi. Dan ianya bermula dari kulit kita sendiri.

Mungkin bagi saya eczema masih baru lagi..tapi jangan tidak tahu ye..yang sebenarnya eczema nie ada berkaitan dengan asma. Eczema adalah salah satu penyakit kulit yang boleh terjadi disebabkan oleh persekitaran.

Apa itu eczema ??? 


Eczema adalah kulit yang menghadapi masalah seperti kemerahan, gatal-gatal, melepuh, berbintik-bintik. Dan ianya bukan lah satu jenis penyakit berjangkit. ianya merupakan penyakit yang tiada penawar untuk mengatasinya, tetapi boleh dirawat dan dicegah dari menjadi semakin teruk..

Biasanya pesakit akan mengalami keadaan yang tidak selesa seperti akan menggaru kegatalan hingga boleh menyebabkan kulit berdarah. Hal ini kerana, kulit akan mengalami tindakbalas hipersensitif dari keradangan 
eczema. Dan kebiasaannya eczema nie terjadi pada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pula, eczema nie selalu terjadi di bahagian lutut, pelipat siku, buku lali, muka. 


KORANG NAK TAHU TAK ??? YANG ECZEMA NIE ADA JENIS-JENISNYA TAU..



1. ATOPIC DERMATITIS (AD)
- Eczema jenis AD sering terjadi pada kita terutama pada kanak-kanak yang berusia atas 6 bulan. Keadaan eczema jenis ini sangat kronik dan meradang. Dan sebahagian darinya berada dalam 2 keadaan alahan lain iaitu asma dan demam hay. Demam hay ini bermaksud rhinitis atau alergik. Eczema AD ini boleh bertambah baik dan boleh menjadi lebih teruk bergantung kepada kulit seseorang.

Simptom berlakunya eczema AD ini :

- kulit kering
- kulit menjadi bersisik merah
- kegatalan yang merekah ditelinga, pipi, lengan
- boleh menjadi luka, basah @ berair





2. CONTACT DERMATITIS
- Eczema jenis Contact ini terjadi apabila kulit bersentuhan atau merengsa hingga menjadi merah dan gatal. Bahan yang boleh menyebabkan eczema jenis ini seperti bahan pelarut, detergen, asap rokok, cat, peluntur, makanan berasid, bahan untuk alkohol. 

Simptom berlakunya eczema Contact ini :

- kulti menjadi merah dan ruam
- kulit terasa terbakar dan bengkak
- mungkin akan melepuh



3. DYSHIDROTIK DERMITITIS
- Tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembap, pembedahan pada nikel, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan ditepi-tepi jari dan kaki. Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit. Dan biasanya kaum wanita lebih mendapat daripada kaum lelaki.



4. NEURODERMITITIS
- Sama seperti eczema AD. Tetapi dikenali dengan Lichen Simplex Chronicus. Lebih cenderung untuk mendapatkan tompok yang tebal, kulit bersisik disebabkan lebih banyak menggosok. Gejalanya boleh dilihat kulit menjadi tebal, tisu bersisik pada leher, warna kulit yang berubah.




5. NUMMULAR DERMITITIS
- Kebiasaannya eczema Nummular ini terjadi pada peringkat usia. Ianya berbeza dari biasa iaitu boleh terjadi sukar untuk dirawat. Berbentuk bulat seperti duit syiling pada kulit dan ianya amat gatal. Punca Nummular ini dari gigitan serangga, reaksi terhadap radang kulit, kulit kering atau basah. Dan gejalany adapat dilihat seperti bulatan duit syiling, berasa gatal, kulit kering, kulit bersisik.





6. SEBORRHEIC DERMITITIS
-  Muncul pada kelenjar yang menghasilkan minyak, terutama bagi dewasa. Antara kawasan yang sering terjadi di bahagian bekalang badan , hidung, kulit kepala. Penyebabnya masih lagi tidak diketahui dan ianya bukan berpunca dari alergik. 





 7. STASIS DERMATITIS
- Eczema ini berlaku pada aliran darah diurat dan pressure develops. Tekanan yang kuat boleh menyebabkan cecair keluar dari urat dan ke dalam kulit. Gejala ini boleh menyebabkan kaki bengkak pada kulit kaki, merah, kegatalan dan sakit.


Jika anda mengalami masalah eczema ini, silalah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tentang eczema lebih lanjut. Tapi saya nak share pasal rawatan secara semulajadi yang boleh membantu anda.

No comments:

Post a Comment