CINTA HATI SAYA: ASMA
Showing posts with label ASMA. Show all posts
Showing posts with label ASMA. Show all posts

Wednesday, 7 March 2018

ASMA : PENGALAMAN SENDIRI SELEPAS MENGGUNAKAN SET ASMA SHAKLEE

March 07, 2018 0
ASMA : PENGALAMAN SENDIRI SELEPAS MENGGUNAKAN SET ASMA SHAKLEE
Assalammualaikum.

Kalau sebelum nie saya ada sharekan pengalaman saya tentang penyakit asma yang dah saya hadapi selama 24 tahun..Tapi kali nie saya nak share pula pengalaman saya selepas apa yang saya amalkan.

Saya dah mengamalkannya selama 6tahun dengan produk Shaklee nie, bermula selepas saya melahirkan anak kedua. Tujuan saya menggunakan produk Shaklee nie adalah untuk mengatasi masalah kulit yang teruk selepas bersalin.

Dengan kulit yang kusam,badan yang menggeleber (perut yang lembik), memang menjadi masalah bagi saya. Itu belum lagi, bila berjalan jauh cikit mulalah semput. Nak berjoging pun lambat, jauh ketinggalan.

Mungkin itu salah satu faktornya, tapi yang sebenarnya ialah, bila kita ada penyakit asma nie, sesetengah orang akan mengalami masalah pernafasan bila berjalan atau berjoging jarak jauh. Hal ini disebabkan oleh sistem pernafasan yang cepat menyempit dan kekurangan oksigen yang dapat disedut oleh paru-paru.

Jadinya, setelah saya mencuba set bersalin nie ternyata ianya membantu juga penyakit asma saya sekali.


Ini adalah set asma yang saya sendiri gunakan. Antara kelebihan set asma nie :

* Nutrifeeron - membantu meningkatkan sistem antibodi kita untuk mempertahankan imun dalam badan dari dijangkiti.

* Garlic Complex - bahan dari bawang putih yang sememangnya terkenal untuk mempertahan kan sistem imun badan kita juga. Sangat sesuai diambil setiap hari untuk menggelakkan dari demam dan selesema.

* B Complex - kaya dengan 8 vitamin lengkap yang sangat diperlukan oleh sistem badan kita. Membantu menggelakkan tekanan .

* Omege Guard - kaya dengan minyak ikan yang sangat-sangat terbaik. Membantu mengurangkan keradangan dalam sistem antibodi dan dapat mengelakkan dari terjadinya penyempitan saluran pernafasan.

* Alfalfa Complex - Membantu mengurangkan masalah keradangan 

Tambahan untuk sistem imun yang sangat terbaik adalah memakan vitamin c. Shaklee juga ada vitamin C yang sangat terbaik. dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian sistem badan.

* Membantu meningkatkan sistem imun
* Membantu mengurangkan keradangan
* Membantu mempertahankan sistem imun dari dijangkiti


Alhamdulillah, setelah sekian lama saya mencari penawar utnuk penyakit asma saya, akhirnya saya telah temuinya. Dengan Shaklee, anda pasti akan mendapat manfaatnya.



Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya,

Hafza Aein | 0173739567

Pengedar Shaklee Sah Anda Seremban



Monday, 5 March 2018

ASMA : PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI SEORANG PESAKIT ASMA

March 05, 2018 0
ASMA : PENGALAMAN SENDIRI SEBAGAI SEORANG PESAKIT ASMA
Assalammualaikum..

Mungkin ramai yang tidak tahu yang sebenanrnya saya nie seorang pesakit asma. Penyakit yang saya hidapi nie dah berusia selama 24 tahun. Macam-macam yang saya dah laluinya. Dan ianya amat memeritkan..Allah..hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana kesengsaraan seorang pesakit asma.

Penyakit asma nie mungkin nampak remeh dan dipandang enteng oleh orang lain. Tapi sebenarnya ianya amat memeritkan diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, tapi juga kepada keluarga saya sendiri. Macam-macam cabaran yang terpaksa mereka tempuh untuk memastikan keadaan saya ketika sakit.

Kisah saya nie bermula ketika saya berumur 6 tahun, bayangkanlah ketika masa itu, saya selalu sahaja pengsan dah sering lemah badan sampaikan untuk berdikari sendiri pun amat payah. Ianya berlanjutan sehingga masuk persekolahan rendah.


Ketika berada di sekolah rendah, segala aktivi luar dan lasak tidak dapat saya penuhi. Hati ingin menjadi seperti mereka yang lain, yang aktif bersukan. Tapi memandangkan keadaan saya ketika itu, segala nya saya harus lupakan. Saya ingatkan penyakit saya hanya terhenti disitu sahaja, tetapi ianya berlanjutan sehingga ke sekolah menengah.

Bila berada disekolah menengah pula, saya cuba dan ingin menjadi aktif walaupun mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi saya yakinkan diri yang saya mampu menjadi seperti mereka. Dan alhamdulillah, saya menjadi kembali aktif walaupun tidak sebenar-benarnya aktif.

Antara perkara yang paling menakutkan diri saya adalah ketika diri saya hendak demam. Allah...time tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa takunya diri saya nie. Apat tidaknya, bila saya mula demam, penyakit asma akan kembali menyerang. Bermula dengan sakit tekak, selesama dan batuk.


Bila semuanya dah menjadi satu pakej, mulah asma akan datang. Dan sampai satu tahap segala macam ubat tidak dapat mengembalikan dalam keadaan normal sehinggalah saya terpaksa mengambil nebulizer untuk mengembalikan pernafasan normal. Sesaknya nafas ketika itu,

Penyakit asma saya nie bukan hanya ketika demam sahaja tau, tapi jika tersalah makan. Itulah antara faktor penyebabnya asma. Antara makan yang saya tidak boleh makan adalah rambutan, anggur, makanan sejuk, makanan yang terlebih minyak. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan saya asma.


Susahnya nak kena kawal semuanya dalam satu masa.Memang menjadi masalah lah jika salah satu pantang larang yang saya langgar tu akan memakan diri saya sendiri. Dah bermacam-macam cara saya mabil untuk mengurangkan masalah asma saya nie, antaranya makan makanan sunnah., tapi diri saya sendiri tidak dapat menerimanya.

Hingga sampai satu tahap saya dah giveup nak teruskan semuanya. Saya biarkan je sampai lah saya dah kahwin dan dah beranak pinak dah. Sebab saya pernah dengar orang tua-tua cakap yang penyakit asma nie kan hilang bila kita dewasa atau bila kita dah berkahwin..Hahahahaha..tapi kesudahannya tetap begitu juga..


Tapi selepas saya mencuba satu produk nie ternyata alhamdulillah, ianya sangat berkesan kepada saya. Dan alhamdulillah sejak menggamalkannya secara konsisten saya kurang mendapat penyakit asma. Malah jika saya demam, penyakit asma sukar untuk saya hidapi.

Nak tahu ape yang saya amalkan untuk diri saya..Nanti saya akan share kan ye..jadi, itulah pengalaman diri saya sebagai seorang penyakit asma. Mungkin penyakit nie ada yang berkaitan dengan keturunan, itu saya sendiri tidak nafikan sebabnya saya sendiri pun dari keturunan penyakit asma juga. Tapi kita sebagai hamba Allah S.W.T tahu yang setiapnpenyakit didunia nie ada penawarnya kecuali mati.

Jadi, kita haruslah berusaha untuk mencari penawar utnuk mengubati setiap penyakit yang ada. Tidak kira samada kesannya cepat atau lambat, pasti akan temuinya.

Thursday, 1 March 2018

ASMA : PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT DENGAN SEGERA

March 01, 2018 0
ASMA : PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT DENGAN SEGERA
Assalammualaikum..

Seperti yang kita tahu, penyakit asma adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kadar pesakit asma di Malaysia semakim lama semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dan ramai yang menganggapkannya adalah satu penyakit yang tidak serius.

Jika anda berfikira sebegitu, anda silap ye, kerana penyakit asma adalah penyakit yang paling serius selepas penyakit jantung. Hal ini kerana jika anda lamabt untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, maka pesakit asma boleh mengundang maut.

Berikut adalah keratan dari Harian Metro pada tahun 2015.

" Asma juga adalah isu kesihatan awam serius yang menjejaskan lebih 70 juta penduduk di Asia dan kadar mereka yang menghidapnya meningkat sejajar dengan masa.

Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, senario di Malaysia menunjukkan lima peratus golongan dewasa menghidap lelah manakala kanak-kanak mencatat 10 peratus.


“Golongan dewasa di Malaysia menghidap asma antara lima hingga enam peratus manakala 10 peratus kanak-kanak, namun angka itu semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, berkemungkinan disebabkan persekitaran dan makanan,” katanya ketika membentangkan hasil tinjauan REALISE (Recognise Ashtma and Link to Symptoms and Experience) Mengenali Lelah dan Kaitannya dengan Gejala dan Pengalaman Asia di ibu negara, baru-baru ini.

Tinjauan REALISE Asia itu ditaja Mundipharma dengan kerjasama pakar pernafasan di seluruh rantau ini. Tinjauan itu dijalankan ke atas 2,467 pesakit berusia antara 18 tahun hingga 50 tahun di lapan negara di Asia, dari Disember 2013 hingga Februari 2014, termasuk Malaysia membabitkan 151 responden."




Dan ini pula adalah dari portal Kementerian Kesihatan Malaysia..sila klick disini. Portal nie adalah untuk kanak-kanak. Bagaimana terjadinya asma dan bagaimana untuk menceagh dan mengawalnya.


Jadinya, kita sebagai ibu bapa haruslah peka dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit asma nie dari menjadi lebih memudaratkan.