January 2018 - CINTA HATI SAYA

Wednesday 31 January 2018

COQ TROL PLUS : PRODUK TERBARU DARI SHAKLEE YANG SANGAT TERBAIK UNTUK KESIHATAN

January 31, 2018 0
COQ TROL PLUS : PRODUK TERBARU DARI SHAKLEE YANG SANGAT TERBAIK UNTUK KESIHATAN
Assalammualaikum...
Alhamdulillah..masih bernafas lagi di muka bumi Allah s.w.t yang sangat berharga..Begitu juga dengan tubuh kita yang masih memerlukan oksigen untuk bernafas..

Masih ramai yang tertanya-tanya "Kenapa Shaklee dah lama tak keluarkan produk CoQ10 nie? Kan produk nie sangat bagus..??

Haa..Kalau korang nak tahu..Shaklee telah keluarkan produk baru..Nak kata baru tu tak la..tapi gantian dari CoQ10 yang lama...Kali nie Shaklee buat tambahan dalam item baru nie..

Nama item nie CoQ TROL PLUS..yang mana dalam nie ada 3 bahan utama yang dipaternkan oleh Shaklee..iaitu Tokoferol, Resveratrol, dan Coenzyme. Setiap bahan nie ada fungsinya tersendiri..




Kenapa pentingnya CoQ 10 nie dalam tubuh kita ??

Sebenarnya dalam badan kita nie ada mitokondrian..yang mana fungsi mitokondrian nie ada lah pusat kawalan dalam sel. Dan di dalam mitokondria nie pula mengandungi CoQ10 untuk hasilkan tenaga. Semakin kita tua..semakin kurangnya fungsi mitokondrian nie. Jadi sebab itulah kita perlukan CoQ10 dengan lebih lagi bagi bantu untuk kita terus bertenaga.


CoQ10 dalam mitokondria nie akan membantu menukarkan makanan ke pada tenaga supaya dapat disalurkan ke sel-sel agar dapat bergerak.
Tahukah anda..sebenarnya badan kita memerlukan 100mg CoQ10 setiap hari untuk terus bergerak dan bertenaga..Bayangkanlah kalau kita tak cukup 100mg CoQ10 nie..badan kita akan lemah dan tidak bermaya..Dari mana kita nak dapatkan CoQ10 nie ?? . 

Bayangkanlah jika anda kena makan sebanyak nie?? Mampu ke anda nak makan sebanyak nie..Rasanya memang tak mampu kan anda nak makan untuk dapatkan 100mg CoQ10 sahaja.So cara yang terbaik adalah dengan makan CoQ Trol nie.

Siapakah yang boleh makan CoQ Trol nie..Semua golong boleh makan CoQ Trol nie kecuali ibu yang hamil..Kenapa ye? Sebabnya, dalam kandungan CoQ nie ada antioksidan, Mana-mana suplement Shaklee yang mengandungi antioksidan, tidak membenarkan ibu hamil untuk mengambilnya ye. Jadi kenelah tunggu lepasbersalin dulu, baru boleh mengambilnya.

Jom dapatkan CoQ Trol nie dengan harga yang berpatutan hanya RM 150.00 sahaja. Sangat murah dan sangat berbaloi tau..

Jika anda ingin membuat pembelian boleh je contact saya atau anda boleh buat belian sendiri dengan click di bawah nie..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b97888a4e999fc77272f5c07cb8a6af5

  Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya di 0173739567. In Shaa Allah, sedia membantu anda.



Friday 26 January 2018

PART 4 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

January 26, 2018 0
PART 4 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG
Assalammualaikum...

Alhamdulillah..hari nie saya berkesempatan lagi untuk menceritakan tentang saya dan suami...Mungkin sebelum nie ada yang dah baca cerita saya di part 1, part 2, dan part 3...Semuanya saya ceritakan semasa keadaan suami yang masih lagi berada dihospital..dengan keadaan yang sangat-sangat kritikal..

Kali nie saya nak sambung cerita saya tapi selepas suami dikeluarkan dari ICU.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..itulah satu ucapan yang sangat-sangat bermakna buat kami sekeluarga..Selepa saya mendapat panggilan daripada doktor yang suami saya sudah sedar..Saya terus ke hospital untuk melihat sendiri keadaan suami. Waktu itu, saya tengah hamilkan anak no 3, dan sudah sarat dengan kandungan sudah pun 8bulan..Mungkin bagi sesetengah orang akan menggangap ianya hanya situasi biasa..Tapi tidak bagi saya..

Kerana keadaan saya time tu sudah mampu menanggung semua keadaan. Kalau anda hendak tahu..sebenarnya suami saya sudah sakit awal lagi..tapi masih lagi boleh bekerja walaupun ada sesetengah waktu tu, beliau akan mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit jika keadaan tidak mengizinkan.

Dan waktu suami sakit dulu, kandungan saya waktu itu sudah pun mencecah 6bulan.Segala macam kerja saya sendiri lakukan..Dari bangun pagi sampailah ke malam semuanya saya uruskan sendiri..Bangun pagi saya uruskan anak nak pergi sekolah dari rumah saya hantar ke Port Dickson..Kemudian saya terus ke Nilai untuk kerja pula..Dalam pukul 12 macam tu, saya ambil pula anak dan hantar ke nurseri untuk transit.Balik dalam pukul 5, saya ambil anak-anak dan terus pulang ke rumah. Malam pula saya aka uruskan hal-hal yang lain. Begitulah rutin saya sepanjang saya hamil hinggalah suami terus jatuh sakit.

Selepas suami dikeluarkan dari ICU, suami ditempatkan di wad biasa. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat kerana layanan daripada doktor dan nurse semua sangat-sangat terbaik. Malah mereka sanggup menguruskan suami saya walaupun ketika itu saya ada bersama suami. Bukan itu sahaja, jika ada doktor yang datang membuat pemeriksaan, mereka lebih fokuskan diri saya dari suami..Hahahaha..rasa kelakar pun ada juga time itu. Sampaikan saya tanya kan dorang sapa yang sakit sebenarnya nie??

Sepanjang suami berada di hospital, saya yang menguruskan suami walaupun saya akan bergilir-gilir dengan adik beradik sebelah suami. Apa yang paling merisaukan saya adalah setiap kali saya hamil, saya akan diserang kejang kaki, dan biasanya suami yang akan tolong saya. Tapi bila jadi keadaan macam nie, saya akan menangis sendirian untuk tahan kesakitan tanpa bantuan dari suami..Allah....

Bagaimana saya nak hadapi semuanya ?? Kalau sebelum nie kami sama-sama tolong menolong satu sama lain..Bayangkanlah, keadaan saya time tu, dengan berpisah dengan anak-anak yang ketika itu nak membesar. Dorang sume tidak tahu, apa yang terjadi. Dan saya bersyukur lagi, dengan pengorbanan ibu dan ayah saya yang tolong menjagakan anak-anak saya. Sedangkan kita tahu, sepatutnya waktu itu, adalah waktu untuk mereka menjalankan ibadah dengan sempurna. Tapi saya telah susahkan mereka dengan anak-anak saya..

Saya hanya dapat berdoa supaya segala urusan suami dapat diurusakan dengan cepat. Dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

Mungkin ada yang mengganggap semuanya adalah satu pengorbanan. Biasalah suami isteri kenelah sama-sama uruskan hal rumahtangga kan..Saya tidak kisah pun, hal-hal macam nie, dan saya mengganggap semuanya adalah ujian dan dugaan dari Allah untuk saya dan keluarga. Mungkin ada hikmah disebalik semua dugaan nie.

Saya harap cerita saya nie akan dapat disampaikan kepada anak-anak saya. Hanya dengan cara ini sahaja saya dapat beritahu , yang mana ketika nie anak-anak saya masih kecil lagi. Dan saya harap anda tidak jemu untuk membacanya. Sekian terima kasih

Wednesday 24 January 2018

PART 3 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

January 24, 2018 0
PART 3 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG
Assalammualaikum..

Sebelum saya dah sharekan kisah saya dalam part 1 dan part 2 kn..So, kali nie saya nak buat sambungan lagi..Harap-harap tak ada lah korang bosan dengan cerita saya ye..

Saya saja je nak share kat dalam wall nie, untuk masa depan anak-anak saya. Biar mereka tahu, bagaimana kehidupan saya dan babah mereka ketika itu. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai pembedahan, suami dimasukkan ke ICU pula selama seminggu. Dan dalam seminggu juga saya terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital, walaupun kita tahu yang ICU tidak boleh menunggu. Dengan keadaan saya yang ketika itu sedang hamil 8bulan, saya berulang alik dan kadang-kadang menaiki tangga hingga ke tingkat 5 semata-mata untuk menunggu suami.

Dan dalam seminggu juga, kadang-kadang, saya berulang alik ke tempat kerja di Nilai dan hospital. Alhamdulillah, Allah s.w.t berikan saya kekuatan dan kesihatan yang terbaik sewaktu menghadapi ujian-Nya. Bayangkan lah dengan keadaan yang sarat ditambah pula dengan dugaan suami yang sakit..Allah..hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana Dia menguji kekuatan dan ketabahan hamba-Nya nie.

Selama seminggu di ICU, suami sekali lagi diuji dengan kesesakan nafas disebabkan kehilangan darah yang banyak sewaktu pembedahan. Hanya dengan tambah darah sahaja boleh bantu untuk menstabilkan keadaan suami. Keputusan doktor hanya boleh dibuat 2jam sahaja. Saya hanya mampu berserah sahaja, jika itu yang terbaik untuk suami. Sekali lagi saya menghadapi tekanan untuk membuat keputusan dengan keadaan sekeliling. Dan akhirnya hanya bersetuju sahaja dengan keputusan doktor.

Alhamdulillah..keputusan doktor tak salah, dan akhirnya telah menyelamatkan nyawa suami. Setelah hampir lebih seminggu suami berada di ICU, dimana saya ternanti-nanti keputusan dan keadaan suami untuk sedar, akhirnya saya mendapat panggilan dari pihak hospital, dimana suami telah sedar. Syukur....alhamdulillah, segala doa kami adik beradik, saudara-mara, sahabat handai, dan semuanya telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Itulah, hari yang paling mengembirakan buat kami semua, hari yang sentiasa ditunggu oleh kami. Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi, dengan segala doa dari semua. Terima kasih buat semua yang telah mendoakan suami saya kembali kepada kami. Alhamdulillah....


In Shaa Allah, jika berkesempatan saya akan share juga bagaimana keadaan suami selepas dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di wad biasa dengan keadaan saya yang masih lagi sarat mengandung. Terima kasih sebab sudi mendengar cerita saya nie...Assalammualaikum..

PART 2 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

January 24, 2018 0
PART 2 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG
Assalammualaikum...

Hari nie saya nak sambung cerita tentang pengalaman diri saya yang hamil ketika suami sakit..Mungkin sebelum nie korang dah tahu serba sedikit tentang keadaan saya dalam part 1. Kalu korang nak tahu ape yang terjadi pada saya..korang boleh lah kat part 1 tu ye..

So, saya nak cerita bagaimana saya nak survive diri saya dengan keadaan suami saya ketika beliau sakit..

------------------------------------------------------------------------------------

Semasa di hospital, keadaan suami ketika itu sangat-sangat kritikal. Sampaikan doktor pun tak boleh nak jangka yang keadaan penyakit suami boleh merebak secepat ini. Yang mana peraliran darah ke saluran otak yang dah tersumbat boleh menyebabkan otak kiri menghimpit otak kanan dan telah memberikan tekanan yang sangat kuat hinggakan boleh menyebabkan kematian..

Dan ketika itu juga, doktor pakar telah mendapat satu keputusan yang mana suami harus dibedah dengan segera tanpa perlu ke HKL untuk membuat pembedahan. Seperti yang kita tahu, hanya di HKL sahaja pakar bedah otak yang ada disana. Tetapi berbeza keadaan disini di Hospital Seremban, tiada kepakaran disini, Jadi, doktor mengambil keputusan dengan menjalani pembedahan dalam masa yang sama mereka berhubung dengan pakar di HKL. Ini pun atas persetujuan bersama dengan pakar disana.

Bila sudah ada keputusan, saya dengan relanya menandatangi surat akur pembedahan. Tapi Allah nak uji diri saya lagi yang mana, pada masa yang sama pakar bedah telah menerima satu tugasan yang penting di dalam bilik OT. Allah....saya terpaksa menunggu lagi untuk beberapa jam sebelum suami masuk ke bilik OT.

Bayangkanlah..walaupun hanya menunggu beberapa jam pun, keadaan saya memang tidak dapat tidur lena, walaupun telah disuruh oleh adik-beradik, ipar duai, nurse dan juga doktor. Kerana mereka lebih risaukan keadaan saya. 

Setelah beberapa jam, akhirnya suami ditolak ke bilik OT untuk menjalani pembedahan pembuangan tempurung kepala. Hanya dengan cara itu sahaja dapat menyelamatkan keadaan suami yang sangat kritikal. Sebenarnya, doktor telah meletakkan harapan hanya 80%-20% sahaja keadaan suami ketika itu. Tapi memandangkan ketika itu suami baru berumur bawah 40an, jadi doktor bersetuju untuk menjalani pembedahan.

Ini adalah pembedahan yang sangat terbesar, bak kata doktor 'Major Operation' yang kita sendiri tidak tahu bagaimana keadaan sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan juga selepas pembedahan. Hanya sebagai manusia yang beragama Islam, semuanya kita letak ditangan-Nya. 

Hanya tenaga yang masih bersisa sahaja saya terpaksa kuatkan semangat dan berdiri untuk menghadapi segala kemungkinan. Berdoa dan bertawakal adalah jalan yang saya pilih walaupun hati dan fikiran masih terawang-awangan.



Nak tahu lebih lanjut..kisah suami saya selepas pembedahan..saya akan sambung tuk part 3...tunggu tau...

Friday 19 January 2018

PART 1 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

January 19, 2018 0
PART 1 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG
Assalammualaikum...

Dah lama sebenarnya saya nak.post citer saya nie..rasanya dah dekat 3 tahun lebih saya nk share pasal diri saya nie..walaupun dah lama..tapi tak salah kan..juz tok suka-suka sahaja...

Pengalaman nie berlaku ketika saya hamilkan anak ke 3..Apa yang terjadi pada diri saya nie..adalah sesuatu yang mungkin orang akan anggap ianya hanyalah perkara biasa..dan semua orang pun boleh lakukannya..

Tak kisah lah ape pun tanggapan anda pada diri saya..tak kisah pun..sebabnya setiap orang pasti mempunyai pengalaman mereka tersendiri samada yang manis mahupun yang pahit..

-----------------------------------------------------

Kisah saya nie bermula ketika saya hamilkan anak ke 3..waktu tu kandungan saya baru mencecah usia 5 bulan...dan pada ketika itu..perangai suami saya memang berlainan dari sebelum nie..

Kenapa saya cakap begitu?? Bukan nak buka aib..tapi realiti..Sebab nya sebelum nie perangai suami saya amat-amat baik..boleh lakukan semua keje, boleh tolakansur sesama lain, malah boleh bergurau dengan anak-anak..hinggalah pada suatu hari keadaan dia berlainan sekali

Waktu tu, kami tengah makan tengahari bersama-sama ibaratnya kami berdating suami isteri la..hinggalah dia beritahu saya yang kepala dia menjadi sakit..dia ada migrain dan saya ingatkan perkara biasa la..jadi saya ok je..tak ada hal la..sebabnya dia akan hilang sendiri..

Tapi sehingga sebulan lamanya..keadaan dia makin teruk..semua nya hanya hendak marah je..sampaikan nak bergurau dengan anak pun dia xnak..asik nak marah dan tido sahaja..

Sejak dari hari itu, segala urusan anak sy uruskan sendiri..dari bangun pagi, hantar anak ke tadika dan taska, pergi kerja yang jauh lagi, lepas tu amik pulak anak dari tadika dan hantar ke taska untuk transit, pergi kerja balik, balik semula ke rumah dan amik anak, sambung buat kerja rumah lagi..

Begitulah rutin harian saya sepanjang hamil anak ke 3 nie, hinggalah suami sy dimasukkan ke hospital..bila keadaan dan semakin teruk..dan keadaan kandungan saya time tu dah berusia 7bulan..Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana dengan keadaan saya untuk uruskan semuanya dan dengan anak yang masih kecik iaitu berusia 4 tahun dan 2 tahun..

Ketika suami di hospital saya masih lagi menjalani kehidupan lain pula..dengan menguruskan dia di hospital..tidak cukup tidur..kalau tidur pula..hanya di kerusi malas tu sahaja..sampailah doktor cakap yang keadaan suami semakin teruk dan perlukan pembedahan dengan segera..Nak tahu lebih lanjut..boleh click link nie..



Nak tahu lebih lanjut boleh ikuti di bahagian 2..