CINTA HATI SAYA

Thursday 19 April 2018

PSORIASIS : JENIS-JENIS PSORIASIS DAN JUGA CARA MENGATASI MASALAH PSORIASIS

April 19, 2018 0
PSORIASIS : JENIS-JENIS PSORIASIS DAN JUGA CARA MENGATASI MASALAH PSORIASIS
Assalammualaikum..

Seperti yang kita tahu sebelum ini, penyakit psoriasis nie bukanlah penyakit yang berjangkit sehingga kadang-kadang ramai orang risau akan penyakit ini. Tapi ia boleh menyebabkan keadaan diri seseorang itu menjadi tidak selesa jika diserang.

Terdapat beberapa jenis penyakit psoriasis yang nyata ianya berlaku di bahagian tertentu terutama di bahagian kulit kepala, lutut, siku, belakang badan. Malah ia juga boleh menyebabkan mesalah keradangan sendi. Jika ianya tidak dirawat, boleh mengancam nyawa.

JENIS PSORIASIS


1. KUKU
- jenis yang menyerang kuku, dimana keadaan kuku yang menjadi tidak rata. Tanda berubahnya kuku apabila kuku akan berubah warna, pertumbuhan kuku tidak normal dan juga mempunyai cukungan kecil

2. ARTHRITIS 
- berlaku di bahagian sendi. Sebab itulah ianya boleh menyebabkan masalah keradangan sendi. Tanda berlakunya psoriasis arthiritis ialah kulit bersisik dan beriritasi, perubahan warna dan juga kuku.

3. GUTATA
- Kebiasaanya, psoriasis nie akan menyerang kanak-kanak. Tanda berlakunya ialah terdapat bintik-bintik ruam mirip titisan air, ruam yang bersisik di lengan, kaki, kulit kepala dan tubuh.

4. KULIT KEPALA
- Jenis ini adalah yang paling kerap berlaku dikalangan kita. Sering merasa kegatalan pada kulit kepala. Tanda berlakunya ialah kegatalan pada kulit kepala, bersisik tebal dan mempunyai ruam.

5. PLAK
- Tanda psoriasis plak ini apabila terdapat ruam merah, kulit bersisik, luka kering, kulit gatal dan terasa perit di kulit kepala, siku, lutut dan berdarah.

6. PUSTULAR
- Terjadinya di bahagian tubuh, kaki, lutut, siku dan bahagian lain. Boleh membuatkan penurunan berat badan, demam, menggigil dan terasa gatal. Tanda berlakunya, ruam merah dan perit, merepuh dan bernanah.

7. ERITRODERMA
- Boleh membuatkan badan akan dehidrasi, malnutrisi dan kegagalan jantung. Dan tandanya ialah ruam mengelupas, kulit gatal dan terbakar.

8. INVERSE
- Tanda terjadinya psoriasis nie apabila kulit kenjadi ruam merah yang halus yang sering muncul, lipatan kulit dan juga ruam parah.


Setiap penyakit pasti akan terdapat penawarnya, semuanya dah tertulis dalam Al-Quran kan. Jadinya, kita perlulah berusaha untuk mendapatkan penawar bagi setiap penyakit. Penyakit psoriasis ini juga ada cara untuk membantu mengatasi masalah ini.


1. RAWATAN SECARA SEMULAJADI
- Rawatan semulajadi sudah semestinya rawatan yang paling terbaik sekali kan. Tapi mungkin ada sesetengah orang  boleh mencubanya dan berkesan. Antara rawatan yang disyorkan :

* pendedahan pada matahari
* mandi laut
* sapuan krim pelembap seperti gel petroleum
* sapuan krim streoid
* sapuan krim campuran vitamin D


2. UBAT-UBATAN
- Bila jumpa pakar kulit, biasanya akan diberikan ubat yang membantu mengurangkan masalah kegatalan. Antara ubat yang disyorkan :

* retinoids
* methotrexate
* cyclosporine


3. ELAKKAN DARI KECEDERAAN KULIT
- Kulit akan berasa gatal bila keadaan berpeluh dan tidak selesa. Jadi elakkan dari menggaru dengan terlalu kuat hingga boleh menyebabkan menjadi luka.


4. KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
- Pengambilan alkohol boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk. Jadi sila kurangkan pengambilan alkohol bagi mengeelakkan keadaan psoriasis menjadi lebih teruk.


5. PENGAMBILAN SUPLEMENT
- Salah satu cara untuk mengurangkan masalah keradangan psoriasis ialah dengan pengambilan suplement. Ianya dapat membantu membaiki sel-sel kulit dan meningkatkan tahap sel.


NUTRIFERON - Membantu meningkatkan sistem imun menjadi imun booster
B COMPLEX - Membantu mengawal tekanan
GLA COMPLEX - Menstabilkan hormon dalam badan (lelaki dan perempuan boleh makan juga ye)
VITAMIN C SR - Membantu meningkatkan kolagen agar kulit tidak mengelupas
COLLAGEN POWDER - Membantu melembapkan kulit, meningkatkan sel dan atasi masalah radang sendi
ESP - Kaya dengan protein yang membantu membentuk sel kulit baru
VIVIX - Bertindak sebagai pelindung DNA, dan meningkatkan imun tubuh


Jadinya, untuk mengatasi masalah psoriasis ini dari berterusan dan boleh meningkatkan keyakinan diri, bolehlah mencuba mana-mana rawatan diatas. Tapi saya selalu cadangkan untuk mengambil suplement kerana ianya membantu melengkapkan nutrien sel yang mana tidak lengkap. Dan sekaligus, membantu meningkatkan tahap kesihatan korang jugak.


Untuk pembelian SET PSORIASIS ini, korang boleh buat order online,


Atau korang juga boleh hubungi saya dia bawah ini.

 

PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS

April 19, 2018 0
PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS
Assalammualaikum,

Bila bercerita pasal kulit, ramai yang mengalami masalah kulit. Contoh masalah kulit yang sering kita dengar seperti kelemumur, kulit berminyak, rambut gugur. dan sebagainya. Ada sesetengahnya akan mengalami masalah kulit yang teruk sehingga boleh menyebabkan luka dan mudah bernanah.

Tapi tahukah anda masalah kulit PSORIASIS ??


Psoriasis juga adalah masalah kulit yang merupakan penyakit autoimun pada kulit kepala seperti kulit bersisik berlapis warna perak, penebalan warna merah dan juga pesakit akan merasa kegatalan.Penyakit autoimun nie bermaksud kekeliruan sel imun badan yang menyerang sel badannya sendiri. Sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar psoriasis. Ianya berbeza dengan ekzema ye.


Penyakit psoriasis nie bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya juga berkaitan dengan keturunan. Malah ada juga sesetengah orang akan mengalami masalah keradangan sendi kerana ianya berlaku dibahagian kulit kepala, siku, lututu dan bahagian belakang badan. Masalah psoriasis nie jika tidak dirawat boleh menyebabkan menjadi teruk sehingga mengancam nyawa.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah psoriasis nie.

1. PERSEKITARAN
(keadaan persekitaran juga boleng mencetuskan serangan terutama jika kulit terkena jangkitan kuman)

- suhu yang rendah
- kulit yang sensitif hingga boleh luka
- alkohol
- jangkitan kuman
- tekanan
- ubat


2. GENETIK
(masalah keturunan juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini)

- punca serangan boleh melalui saluran pernafasan seperti batuk dan selesema
- Obesiti juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit psoriasis


3. SISTEM IMUN
- Penyakit psoriasis nie merupakan penyakit autoimun, jadinya sistem imun juga merupakan salah satu faktor yang menjadi punca terjadinya psoriasis.



SIMPTOM-SIMPTOM
- kawasan kulit kelihatan putih dan akan menjadi kemerah-merahan
- kegatalan pada kawasan kulit yang terlibat
- kuku yang tidak rata
- sakit pada bahagian sendi



KOMPLIKASI
- boleh terjadinya jangkitan bakteria/kuman
- mempunyai risiko untuk penyakit limfoma
- mempunyai risiko untuk serangan jantung atau angin ahmar
- mudah mendapat serangan keradangan sendi
- menghidapi masalah injap jantung.


Penyakit psoriasis nie sehingga kini masih tidak diketahui punca dan penyebabnya. Para sainstis dan juga doktor juga tidak dapat mencari bagaimana terjadinya penyakit psoriasis nie. Oleh itu, hanya dengan rawatan tertentu sahaja ianya dapat membantu mengurangkan keradangan penyakit psoriasis nie.

Psoriasis juga ada beberapa jenis yang boleh di kategorikan ye. Bukan hanya ada satu je psoriasis. Dan setiap psoriasis nie ada yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk.


Sunday 15 April 2018

RESDUNG : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN ASMA DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA

April 15, 2018 0
RESDUNG : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN ASMA DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA
Assalammualaikum,

Seperti entry sebelum ini, saya ada sharekan sikit pasal resdung, yang mana ianya berkisahkan tentang jenis resdung dan juga simptom-simptom terjadinya resdungkan. So, kali nie pula, saya nak share pasal resdung juga tapi ada kaitan dengan penyakit yang kita sendiri tidak sedar ianya boleh menyebabkan masalah pada diri sendiri.

Pesakit resdung sering mengalami masalah kesukaran bernafas bila resdung mula menyerang. Hal ini kerana ianya menyebabkan otot dibahagian hidung yang membengkak dan menghalang pengaliran udara dengan sempurna akibat dari resdung.

Nak tahu lebih lanjut pasal resdung dan asma nie, jom tonton video ini, dari pakar ENT KPJ, DR. Vincent



So, bila seseorang mendapat penyakit resdung nie, kita yang berada disekeliling dengan nya pun akan berasa tidak selesakan, apatah lagi si penghidap resdung, mereka lagilag tidak selesa, kesukaran bernafas, dan juga mengalami masalah sakit kepala.

BAGAIMANA NAK MENYELESAIKAN MASALAH RESDUNG INI ??

Terdapat beberapa cadangan yang boleh membantu pesakit resdung unutk mengatasi masala mereka, antaranya :

1. ELAKKAN DARI ALLERGEN 
- Pesakit resdung nie sebenarnya alah kepada habuk, jadi anda haruslah mengelakkan diri anda dari sebarang benda yang boleh menyebabkan resdung anda bertambah teruk seperti karpet, haiwan berbulu, tilam, debunga dan lain-lain lagi.

2. MAKAN UBAT SEPERTI YANG DISYORKAN
- Doktor akan mencadangkan anda untuk mengambil ubat bagi mengurangkan masalah resdung anda. Ada 2 jenis ubat yang disyorkan 

i - Anti-histamine berfungsi untuk menghentikan proses yang menyebabkan alahan (Chlorpheniramine, Cetrizine dan Loratadine) adalah contoh ubat yang disarankan oleh doktor.

ii - Pseudrephedrine - untuk hilangkan hidung berair dan berfungsi untuk kecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya air hidung dapat dikurangkan 

iii - Spray yang berasas streoid - berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung

3. SET SHAKLEE
- Shaklee juga ada menyarankan pengambilan suplement untuk membantu mengurangkan masalah resdung ini.


B COMPLEX
- B6 sangat penting untuk memulihkan selaput lendir yang sihat dan membantu keluarkan antibodi badan
- Ia juga membantu dalam pembinaan protein
- membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan untuk menyingkirkan sel mati
- memelihara sistem saraf
- bertindak sebagai anti-stress

ALFALFA COMPLEX
- mengurangkan keradangan kesakitan
- kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan elergik
- mengatasi msalah kegatalan hidung

VITAMIN C SR
- bertindak sebagai anti-histamin yang membantu mengurangkan alahan
- membantu mencegah pengeluaran histamin dalam tubuh
- meningkatkan fungsi T-Cell dan Madrophage (berfungsi sistem pertahanan  badan dan sel darah putih)
- membantu meningkatkan pertumbuhan tisuS


Di sini saya nak sharekan vlog testimoni masalah resdung yang dialami oleh seorang pesakit sejak zaman sekolah lagi. Dan kini, beliau semakin aktif dan tidak lagi mengalami masalah resdung.



Jangan tunggu lagi, segeralah dapatkan SET RESDUNG anda sekarang untuk membantu atasi masalah penyakit ini.Hakikatnya, resdung ini boleh menyebabkan penyakit lain seperti kanser dan juga boleh membawa maut. Anda boleh buat pesanan dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=274dbd572e4be9cc41e1189395e98905

Jika anda inginkan sebarang pertanyaan, boleh je hubungi saya..