April 2018 - CINTA HATI SAYA

Thursday 19 April 2018

PSORIASIS : JENIS-JENIS PSORIASIS DAN JUGA CARA MENGATASI MASALAH PSORIASIS

April 19, 2018 0
PSORIASIS : JENIS-JENIS PSORIASIS DAN JUGA CARA MENGATASI MASALAH PSORIASIS
Assalammualaikum..

Seperti yang kita tahu sebelum ini, penyakit psoriasis nie bukanlah penyakit yang berjangkit sehingga kadang-kadang ramai orang risau akan penyakit ini. Tapi ia boleh menyebabkan keadaan diri seseorang itu menjadi tidak selesa jika diserang.

Terdapat beberapa jenis penyakit psoriasis yang nyata ianya berlaku di bahagian tertentu terutama di bahagian kulit kepala, lutut, siku, belakang badan. Malah ia juga boleh menyebabkan mesalah keradangan sendi. Jika ianya tidak dirawat, boleh mengancam nyawa.

JENIS PSORIASIS


1. KUKU
- jenis yang menyerang kuku, dimana keadaan kuku yang menjadi tidak rata. Tanda berubahnya kuku apabila kuku akan berubah warna, pertumbuhan kuku tidak normal dan juga mempunyai cukungan kecil

2. ARTHRITIS 
- berlaku di bahagian sendi. Sebab itulah ianya boleh menyebabkan masalah keradangan sendi. Tanda berlakunya psoriasis arthiritis ialah kulit bersisik dan beriritasi, perubahan warna dan juga kuku.

3. GUTATA
- Kebiasaanya, psoriasis nie akan menyerang kanak-kanak. Tanda berlakunya ialah terdapat bintik-bintik ruam mirip titisan air, ruam yang bersisik di lengan, kaki, kulit kepala dan tubuh.

4. KULIT KEPALA
- Jenis ini adalah yang paling kerap berlaku dikalangan kita. Sering merasa kegatalan pada kulit kepala. Tanda berlakunya ialah kegatalan pada kulit kepala, bersisik tebal dan mempunyai ruam.

5. PLAK
- Tanda psoriasis plak ini apabila terdapat ruam merah, kulit bersisik, luka kering, kulit gatal dan terasa perit di kulit kepala, siku, lutut dan berdarah.

6. PUSTULAR
- Terjadinya di bahagian tubuh, kaki, lutut, siku dan bahagian lain. Boleh membuatkan penurunan berat badan, demam, menggigil dan terasa gatal. Tanda berlakunya, ruam merah dan perit, merepuh dan bernanah.

7. ERITRODERMA
- Boleh membuatkan badan akan dehidrasi, malnutrisi dan kegagalan jantung. Dan tandanya ialah ruam mengelupas, kulit gatal dan terbakar.

8. INVERSE
- Tanda terjadinya psoriasis nie apabila kulit kenjadi ruam merah yang halus yang sering muncul, lipatan kulit dan juga ruam parah.


Setiap penyakit pasti akan terdapat penawarnya, semuanya dah tertulis dalam Al-Quran kan. Jadinya, kita perlulah berusaha untuk mendapatkan penawar bagi setiap penyakit. Penyakit psoriasis ini juga ada cara untuk membantu mengatasi masalah ini.


1. RAWATAN SECARA SEMULAJADI
- Rawatan semulajadi sudah semestinya rawatan yang paling terbaik sekali kan. Tapi mungkin ada sesetengah orang  boleh mencubanya dan berkesan. Antara rawatan yang disyorkan :

* pendedahan pada matahari
* mandi laut
* sapuan krim pelembap seperti gel petroleum
* sapuan krim streoid
* sapuan krim campuran vitamin D


2. UBAT-UBATAN
- Bila jumpa pakar kulit, biasanya akan diberikan ubat yang membantu mengurangkan masalah kegatalan. Antara ubat yang disyorkan :

* retinoids
* methotrexate
* cyclosporine


3. ELAKKAN DARI KECEDERAAN KULIT
- Kulit akan berasa gatal bila keadaan berpeluh dan tidak selesa. Jadi elakkan dari menggaru dengan terlalu kuat hingga boleh menyebabkan menjadi luka.


4. KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
- Pengambilan alkohol boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk. Jadi sila kurangkan pengambilan alkohol bagi mengeelakkan keadaan psoriasis menjadi lebih teruk.


5. PENGAMBILAN SUPLEMENT
- Salah satu cara untuk mengurangkan masalah keradangan psoriasis ialah dengan pengambilan suplement. Ianya dapat membantu membaiki sel-sel kulit dan meningkatkan tahap sel.


NUTRIFERON - Membantu meningkatkan sistem imun menjadi imun booster
B COMPLEX - Membantu mengawal tekanan
GLA COMPLEX - Menstabilkan hormon dalam badan (lelaki dan perempuan boleh makan juga ye)
VITAMIN C SR - Membantu meningkatkan kolagen agar kulit tidak mengelupas
COLLAGEN POWDER - Membantu melembapkan kulit, meningkatkan sel dan atasi masalah radang sendi
ESP - Kaya dengan protein yang membantu membentuk sel kulit baru
VIVIX - Bertindak sebagai pelindung DNA, dan meningkatkan imun tubuh


Jadinya, untuk mengatasi masalah psoriasis ini dari berterusan dan boleh meningkatkan keyakinan diri, bolehlah mencuba mana-mana rawatan diatas. Tapi saya selalu cadangkan untuk mengambil suplement kerana ianya membantu melengkapkan nutrien sel yang mana tidak lengkap. Dan sekaligus, membantu meningkatkan tahap kesihatan korang jugak.


Untuk pembelian SET PSORIASIS ini, korang boleh buat order online,


Atau korang juga boleh hubungi saya dia bawah ini.

 

PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS

April 19, 2018 0
PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS
Assalammualaikum,

Bila bercerita pasal kulit, ramai yang mengalami masalah kulit. Contoh masalah kulit yang sering kita dengar seperti kelemumur, kulit berminyak, rambut gugur. dan sebagainya. Ada sesetengahnya akan mengalami masalah kulit yang teruk sehingga boleh menyebabkan luka dan mudah bernanah.

Tapi tahukah anda masalah kulit PSORIASIS ??


Psoriasis juga adalah masalah kulit yang merupakan penyakit autoimun pada kulit kepala seperti kulit bersisik berlapis warna perak, penebalan warna merah dan juga pesakit akan merasa kegatalan.Penyakit autoimun nie bermaksud kekeliruan sel imun badan yang menyerang sel badannya sendiri. Sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar psoriasis. Ianya berbeza dengan ekzema ye.


Penyakit psoriasis nie bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya juga berkaitan dengan keturunan. Malah ada juga sesetengah orang akan mengalami masalah keradangan sendi kerana ianya berlaku dibahagian kulit kepala, siku, lututu dan bahagian belakang badan. Masalah psoriasis nie jika tidak dirawat boleh menyebabkan menjadi teruk sehingga mengancam nyawa.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah psoriasis nie.

1. PERSEKITARAN
(keadaan persekitaran juga boleng mencetuskan serangan terutama jika kulit terkena jangkitan kuman)

- suhu yang rendah
- kulit yang sensitif hingga boleh luka
- alkohol
- jangkitan kuman
- tekanan
- ubat


2. GENETIK
(masalah keturunan juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini)

- punca serangan boleh melalui saluran pernafasan seperti batuk dan selesema
- Obesiti juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit psoriasis


3. SISTEM IMUN
- Penyakit psoriasis nie merupakan penyakit autoimun, jadinya sistem imun juga merupakan salah satu faktor yang menjadi punca terjadinya psoriasis.



SIMPTOM-SIMPTOM
- kawasan kulit kelihatan putih dan akan menjadi kemerah-merahan
- kegatalan pada kawasan kulit yang terlibat
- kuku yang tidak rata
- sakit pada bahagian sendi



KOMPLIKASI
- boleh terjadinya jangkitan bakteria/kuman
- mempunyai risiko untuk penyakit limfoma
- mempunyai risiko untuk serangan jantung atau angin ahmar
- mudah mendapat serangan keradangan sendi
- menghidapi masalah injap jantung.


Penyakit psoriasis nie sehingga kini masih tidak diketahui punca dan penyebabnya. Para sainstis dan juga doktor juga tidak dapat mencari bagaimana terjadinya penyakit psoriasis nie. Oleh itu, hanya dengan rawatan tertentu sahaja ianya dapat membantu mengurangkan keradangan penyakit psoriasis nie.

Psoriasis juga ada beberapa jenis yang boleh di kategorikan ye. Bukan hanya ada satu je psoriasis. Dan setiap psoriasis nie ada yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk.


Sunday 15 April 2018

RESDUNG : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN ASMA DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA

April 15, 2018 0
RESDUNG : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN ASMA DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA
Assalammualaikum,

Seperti entry sebelum ini, saya ada sharekan sikit pasal resdung, yang mana ianya berkisahkan tentang jenis resdung dan juga simptom-simptom terjadinya resdungkan. So, kali nie pula, saya nak share pasal resdung juga tapi ada kaitan dengan penyakit yang kita sendiri tidak sedar ianya boleh menyebabkan masalah pada diri sendiri.

Pesakit resdung sering mengalami masalah kesukaran bernafas bila resdung mula menyerang. Hal ini kerana ianya menyebabkan otot dibahagian hidung yang membengkak dan menghalang pengaliran udara dengan sempurna akibat dari resdung.

Nak tahu lebih lanjut pasal resdung dan asma nie, jom tonton video ini, dari pakar ENT KPJ, DR. Vincent



So, bila seseorang mendapat penyakit resdung nie, kita yang berada disekeliling dengan nya pun akan berasa tidak selesakan, apatah lagi si penghidap resdung, mereka lagilag tidak selesa, kesukaran bernafas, dan juga mengalami masalah sakit kepala.

BAGAIMANA NAK MENYELESAIKAN MASALAH RESDUNG INI ??

Terdapat beberapa cadangan yang boleh membantu pesakit resdung unutk mengatasi masala mereka, antaranya :

1. ELAKKAN DARI ALLERGEN 
- Pesakit resdung nie sebenarnya alah kepada habuk, jadi anda haruslah mengelakkan diri anda dari sebarang benda yang boleh menyebabkan resdung anda bertambah teruk seperti karpet, haiwan berbulu, tilam, debunga dan lain-lain lagi.

2. MAKAN UBAT SEPERTI YANG DISYORKAN
- Doktor akan mencadangkan anda untuk mengambil ubat bagi mengurangkan masalah resdung anda. Ada 2 jenis ubat yang disyorkan 

i - Anti-histamine berfungsi untuk menghentikan proses yang menyebabkan alahan (Chlorpheniramine, Cetrizine dan Loratadine) adalah contoh ubat yang disarankan oleh doktor.

ii - Pseudrephedrine - untuk hilangkan hidung berair dan berfungsi untuk kecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya air hidung dapat dikurangkan 

iii - Spray yang berasas streoid - berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung

3. SET SHAKLEE
- Shaklee juga ada menyarankan pengambilan suplement untuk membantu mengurangkan masalah resdung ini.


B COMPLEX
- B6 sangat penting untuk memulihkan selaput lendir yang sihat dan membantu keluarkan antibodi badan
- Ia juga membantu dalam pembinaan protein
- membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan untuk menyingkirkan sel mati
- memelihara sistem saraf
- bertindak sebagai anti-stress

ALFALFA COMPLEX
- mengurangkan keradangan kesakitan
- kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan elergik
- mengatasi msalah kegatalan hidung

VITAMIN C SR
- bertindak sebagai anti-histamin yang membantu mengurangkan alahan
- membantu mencegah pengeluaran histamin dalam tubuh
- meningkatkan fungsi T-Cell dan Madrophage (berfungsi sistem pertahanan  badan dan sel darah putih)
- membantu meningkatkan pertumbuhan tisuS


Di sini saya nak sharekan vlog testimoni masalah resdung yang dialami oleh seorang pesakit sejak zaman sekolah lagi. Dan kini, beliau semakin aktif dan tidak lagi mengalami masalah resdung.



Jangan tunggu lagi, segeralah dapatkan SET RESDUNG anda sekarang untuk membantu atasi masalah penyakit ini.Hakikatnya, resdung ini boleh menyebabkan penyakit lain seperti kanser dan juga boleh membawa maut. Anda boleh buat pesanan dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=274dbd572e4be9cc41e1189395e98905

Jika anda inginkan sebarang pertanyaan, boleh je hubungi saya..


RESDUNG : KENALI JENIS RESDUNG DAN SIMPTOM-SIMPTON TERJADINYA RESDUNG

April 15, 2018 0
RESDUNG : KENALI JENIS RESDUNG DAN SIMPTOM-SIMPTON TERJADINYA RESDUNG
Assalammualaikum,

Hidung terasa gatal pada waktu pagi ??

Mata terasa berair ??

Tekak terasa gatal juga ??

AWAS !! Itu adalah tanda-tanda anda menghidapi resdung. Dan kadang-kadang juga muka akan ditumbuhi jerawat yang sangat teruk hingga boleh menyebabkan berdarah. 

Resdung adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada alahan ataupun dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Ia melibatkan keradangan pada saluran hidung hingga menyebabkan beberapa simptom yang selalu berlaku pada pesakit resdung iaitu bersin, hidung berair, gatal hidung dan juga hidung tersumbat.



Rhinitis bermaksud keradangan pada lapisan dalam bahagian hidung. Mereka yang mengalami resdung akan mempunyai simptom seperti bersin, hidung berair, hidung terasa gatal, hidung tersumbat. Dan biasanya ianya akan melibatkan organ pada mata, telinga dan tekak.

20% daripada masyarakat kita merupakan pesakit resdung samada kronik atau tidak. Masalah penyakit resdung ini bukanlah penyakit yang berjangkit, langsung tidak sama sekali ye. Tetapi, ianya akan melibatkan masalah dan kesan yang lain dalam kehidupan kita.

Resdung ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit asma. Apabila keadaan diri yang kerap bersin, hidung akan tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Jadinya, jangan dibiarkan ianya menjadi dengan lebih teruk.


JENIS RESDUNG

Terdapat 2 jenis resdung :

1. RINOSINUSITIS AKUT

- Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2. RINOSINISITIS KRONIK

- Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


 PUNCA RESDUNG

* Debunga
* Kulat
* Habuk
* Bulu haiwan
* Asap

TANDA-TANDA RESDUNG

* lendir tebal dalam hidung
* hidung tersumbat
* sakit pada bahagian muka
* demam
* sakit kepala
* batuk
* sakit tekak


SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG

* bersin
* hidung berair
* hidung tersumbat
* hidung gatal


KOMPLIKASI RESDUNG

* Keradangan sinus - bahagian rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
* Otitis Media - boleh menyebabkan jangkitan kuman
* Sleep Apnea - nafas terhenti ketika tidur
* Tiub Eustachian yang bermasalah


Jika penyakit resdung ini tidak dapat dirawat lagi, maka salah satu caranya adalah dengan menjalani pembedahan untuk membuang lendir yang berada dalam hidung anda.

Jom kita tonton tentang penyakit resdung dari pakar ENT KPJ. DR. Vincent.

Tuesday 10 April 2018

EKZEMA : ATASI MASALAH EKZEMA SECARA SEMULAJADI DENGAN MUDAH

April 10, 2018 0
EKZEMA : ATASI MASALAH EKZEMA SECARA SEMULAJADI DENGAN MUDAH
Assalammualaikum,

Kalau sebelum nie saya share pasal jenis eczema yang korang sendiri tak tahu dan saya juga baru tahu..Kali nie saya nak share pula bagaimana nak atasi masalah eczema nie secara semulajadi dengan mudah.

Kalau anda tengok kat rumah, ada bahan-bahan yang sebenarnya boleh membantu kita untuk atasi masalah nie tau, mungkin kita je yang tak tahu. Ialah dah zaman moden kan, kalau sakit jumpalah dengan doktor. Dan mungkin ada yang tidak berupaya untuk buat rawatan, jadi kita yang sempurna dan bermoden nie boleh bantu mereka.


1. LEMAK SAYURAN
- Struktur yang tebal dan berminyak dalam lemak sayuran nie boleh membantu pesakit eczema tau. Sapu pada kulit kering dan merekah. Lakukan sehingga kulit menjadi lebih lembut. Ianya juga dapat membantu melegakan keradangan pada kulit eczema.



2. MINYAK SAYURAN + SUSU + OATMEAL + EPSOM
- Kesemua bahan-bahan ini dapat membantu melembapkan dan melegakan kulit kering, melegakan dan mengurangkan kegatalan pada sel kulit mati.



3. KUNYIT
- Kunyit juga merupakan salah satu baha yang mudah didapati. Ianya dapat mengurangkan keradangan pelbagai jenis masalah kulit. Curcumin dalam kunyit adalah antioksidan, ianya boleh melindungi dan pelihara kulit, meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.



4. CUKA EPAL
- Dalam perubatan kita, cuka epal sangat berguna terutama pesakit jantung. Tapi untuk pesakit eczema pula, ianya dapat melegakan keradangan dan kesan terbakar pada kulit. Tapi ingat ye, jika mempunyai luka, boleh menyebabkan kepedihan dan berasa tidak selesa.



5. MINYAK ZAITUN
- Minyak zaitun biasanya digunakan untuk memasak, tapi ianya juga dapat membantu pesakit eczema. minyak zaitun yang kaya dengan Omega 3 nie dapat mengurangkan keradangan. Untuk mandian juga, ianya dapat membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit.


6. LIDAH BUAYA / ALOE VERA
- Daun lidah buaya sangat membantu untuk pesakit eczema kerana kaya dengan bahan anti-radang serta dapat memeberikan kelegaan pada kulit yang gatal. Sangat sejuk bila memakainya.


7. MINYAK TEA TREE
- Minyak tea tree nie sangat membantu pesakit eczema. Ianya dapat mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar. Campurkan dengan minyak zaitun sapu pada tempat eczema. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.



8. SET ECZEMA SHAKLEE 
- Set Eczema Shaklee juga merupakan bahan semulajadi walaupun ianya telah dipatenkan. Ini kerana ianya untuk mudah dimakan dan senang dicerna untuk membantu dari segi dalaman.



ALFALFA COMPLEX 
- Membantu atasi masalah kulit seperti keradangan, kegatalan dan mengurangkan masalah pencernaan yang boleh menyebabkan masalah penghadaman yang tidak betul.

OMEGA GUARD
- Kaya dengan Omega 3 yang bersifat anti-flamasi, yang dapat mengurangkan keradangan kulit. Menjadikan kulit halus, dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

GARLIC COMPLEX
- Bersifat anti-flamasi juga yang membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun dari jangkitan

ESP/MEALSHAKE
- Kaya dengan protein yang diperlukan oleh badan. Membantu memulihkan kulit dan membaiki struktur kulit.

B COMPLEX
- Kandungan vitamin B yang sememangnya diperlukan untuk mengurangkan masalah eczema pada kulit.

VITAMIN E COMPLEX
- Campuran dengan biji anggur yang kaya dengan antioksidan dapat membantu memudarkan parut eczema dan mengembalikan struktur kulit.

Untuk rawatan luar pula, anda boleh menggunakan :

HERBAL BLEND
- Membantu melembutkan kulit dan mengurangkan kegatalan pada kulit. Sangat sejuk dan berangin. Dan yang penting Herbal Blend nie NO PARABEN ye.

BASIC H
- Boleh buat cucian untuk membantu membuang sel kulit mati. Basic H nie merupakan bahan serba guna ye. Jangan risau ianya sangat selamat digunakan.


JOM KITA TENGOK TESTIMONI MEREKA YANG DAH PULIH DARI ECZEMA

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2

TESTIMONI 3

TESTIMONI 4

Ada banyak sebenarnya testimoni untuk eczema nie dan ini adalah sebahagian daripada mereka yang dah menggunakan SET ECZEMA SHAKLEE. Ini antara testimoni yang lain. Dan ternyata mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Jika anda berminat untuk membantu atau mendapatkan produk SET ECZEMA ini, boleh click di bawah


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fdc2f68ce81482230197500b89538ec5
Atau anda boleh je terus hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut

EKZEMA : KENALI 7 JENIS ECZEMA YANG MESTI ANDA KETAHUINYA

April 10, 2018 0
EKZEMA : KENALI 7 JENIS ECZEMA YANG MESTI ANDA KETAHUINYA
Assalammualaikum..

Kulit adalah anggota badan yang paling besar sekali. Dan ianya berfungsi untuk melindungi anggota lain dari terdedah. Tapi bagaimana pula kalau kulit kita mempunyai masalah?? Dengan persekitaran sekarang nie, macam-macam ancaman yang boleh kita hadapi. Dan ianya bermula dari kulit kita sendiri.

Mungkin bagi saya eczema masih baru lagi..tapi jangan tidak tahu ye..yang sebenarnya eczema nie ada berkaitan dengan asma. Eczema adalah salah satu penyakit kulit yang boleh terjadi disebabkan oleh persekitaran.

Apa itu eczema ??? 


Eczema adalah kulit yang menghadapi masalah seperti kemerahan, gatal-gatal, melepuh, berbintik-bintik. Dan ianya bukan lah satu jenis penyakit berjangkit. ianya merupakan penyakit yang tiada penawar untuk mengatasinya, tetapi boleh dirawat dan dicegah dari menjadi semakin teruk..

Biasanya pesakit akan mengalami keadaan yang tidak selesa seperti akan menggaru kegatalan hingga boleh menyebabkan kulit berdarah. Hal ini kerana, kulit akan mengalami tindakbalas hipersensitif dari keradangan 
eczema. Dan kebiasaannya eczema nie terjadi pada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pula, eczema nie selalu terjadi di bahagian lutut, pelipat siku, buku lali, muka. 


KORANG NAK TAHU TAK ??? YANG ECZEMA NIE ADA JENIS-JENISNYA TAU..



1. ATOPIC DERMATITIS (AD)
- Eczema jenis AD sering terjadi pada kita terutama pada kanak-kanak yang berusia atas 6 bulan. Keadaan eczema jenis ini sangat kronik dan meradang. Dan sebahagian darinya berada dalam 2 keadaan alahan lain iaitu asma dan demam hay. Demam hay ini bermaksud rhinitis atau alergik. Eczema AD ini boleh bertambah baik dan boleh menjadi lebih teruk bergantung kepada kulit seseorang.

Simptom berlakunya eczema AD ini :

- kulit kering
- kulit menjadi bersisik merah
- kegatalan yang merekah ditelinga, pipi, lengan
- boleh menjadi luka, basah @ berair





2. CONTACT DERMATITIS
- Eczema jenis Contact ini terjadi apabila kulit bersentuhan atau merengsa hingga menjadi merah dan gatal. Bahan yang boleh menyebabkan eczema jenis ini seperti bahan pelarut, detergen, asap rokok, cat, peluntur, makanan berasid, bahan untuk alkohol. 

Simptom berlakunya eczema Contact ini :

- kulti menjadi merah dan ruam
- kulit terasa terbakar dan bengkak
- mungkin akan melepuh



3. DYSHIDROTIK DERMITITIS
- Tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembap, pembedahan pada nikel, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan ditepi-tepi jari dan kaki. Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit. Dan biasanya kaum wanita lebih mendapat daripada kaum lelaki.



4. NEURODERMITITIS
- Sama seperti eczema AD. Tetapi dikenali dengan Lichen Simplex Chronicus. Lebih cenderung untuk mendapatkan tompok yang tebal, kulit bersisik disebabkan lebih banyak menggosok. Gejalanya boleh dilihat kulit menjadi tebal, tisu bersisik pada leher, warna kulit yang berubah.




5. NUMMULAR DERMITITIS
- Kebiasaannya eczema Nummular ini terjadi pada peringkat usia. Ianya berbeza dari biasa iaitu boleh terjadi sukar untuk dirawat. Berbentuk bulat seperti duit syiling pada kulit dan ianya amat gatal. Punca Nummular ini dari gigitan serangga, reaksi terhadap radang kulit, kulit kering atau basah. Dan gejalany adapat dilihat seperti bulatan duit syiling, berasa gatal, kulit kering, kulit bersisik.





6. SEBORRHEIC DERMITITIS
-  Muncul pada kelenjar yang menghasilkan minyak, terutama bagi dewasa. Antara kawasan yang sering terjadi di bahagian bekalang badan , hidung, kulit kepala. Penyebabnya masih lagi tidak diketahui dan ianya bukan berpunca dari alergik. 





 7. STASIS DERMATITIS
- Eczema ini berlaku pada aliran darah diurat dan pressure develops. Tekanan yang kuat boleh menyebabkan cecair keluar dari urat dan ke dalam kulit. Gejala ini boleh menyebabkan kaki bengkak pada kulit kaki, merah, kegatalan dan sakit.


Jika anda mengalami masalah eczema ini, silalah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tentang eczema lebih lanjut. Tapi saya nak share pasal rawatan secara semulajadi yang boleh membantu anda.