CINTA HATI SAYA: PENYAKIT
Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts

Thursday, 19 April 2018

PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS

April 19, 2018 0
PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS
Assalammualaikum,

Bila bercerita pasal kulit, ramai yang mengalami masalah kulit. Contoh masalah kulit yang sering kita dengar seperti kelemumur, kulit berminyak, rambut gugur. dan sebagainya. Ada sesetengahnya akan mengalami masalah kulit yang teruk sehingga boleh menyebabkan luka dan mudah bernanah.

Tapi tahukah anda masalah kulit PSORIASIS ??


Psoriasis juga adalah masalah kulit yang merupakan penyakit autoimun pada kulit kepala seperti kulit bersisik berlapis warna perak, penebalan warna merah dan juga pesakit akan merasa kegatalan.Penyakit autoimun nie bermaksud kekeliruan sel imun badan yang menyerang sel badannya sendiri. Sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar psoriasis. Ianya berbeza dengan ekzema ye.


Penyakit psoriasis nie bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya juga berkaitan dengan keturunan. Malah ada juga sesetengah orang akan mengalami masalah keradangan sendi kerana ianya berlaku dibahagian kulit kepala, siku, lututu dan bahagian belakang badan. Masalah psoriasis nie jika tidak dirawat boleh menyebabkan menjadi teruk sehingga mengancam nyawa.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah psoriasis nie.

1. PERSEKITARAN
(keadaan persekitaran juga boleng mencetuskan serangan terutama jika kulit terkena jangkitan kuman)

- suhu yang rendah
- kulit yang sensitif hingga boleh luka
- alkohol
- jangkitan kuman
- tekanan
- ubat


2. GENETIK
(masalah keturunan juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini)

- punca serangan boleh melalui saluran pernafasan seperti batuk dan selesema
- Obesiti juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit psoriasis


3. SISTEM IMUN
- Penyakit psoriasis nie merupakan penyakit autoimun, jadinya sistem imun juga merupakan salah satu faktor yang menjadi punca terjadinya psoriasis.



SIMPTOM-SIMPTOM
- kawasan kulit kelihatan putih dan akan menjadi kemerah-merahan
- kegatalan pada kawasan kulit yang terlibat
- kuku yang tidak rata
- sakit pada bahagian sendi



KOMPLIKASI
- boleh terjadinya jangkitan bakteria/kuman
- mempunyai risiko untuk penyakit limfoma
- mempunyai risiko untuk serangan jantung atau angin ahmar
- mudah mendapat serangan keradangan sendi
- menghidapi masalah injap jantung.


Penyakit psoriasis nie sehingga kini masih tidak diketahui punca dan penyebabnya. Para sainstis dan juga doktor juga tidak dapat mencari bagaimana terjadinya penyakit psoriasis nie. Oleh itu, hanya dengan rawatan tertentu sahaja ianya dapat membantu mengurangkan keradangan penyakit psoriasis nie.

Psoriasis juga ada beberapa jenis yang boleh di kategorikan ye. Bukan hanya ada satu je psoriasis. Dan setiap psoriasis nie ada yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk.


Sunday, 15 April 2018

RESDUNG : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN ASMA DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA

April 15, 2018 0
RESDUNG : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN ASMA DAN APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA
Assalammualaikum,

Seperti entry sebelum ini, saya ada sharekan sikit pasal resdung, yang mana ianya berkisahkan tentang jenis resdung dan juga simptom-simptom terjadinya resdungkan. So, kali nie pula, saya nak share pasal resdung juga tapi ada kaitan dengan penyakit yang kita sendiri tidak sedar ianya boleh menyebabkan masalah pada diri sendiri.

Pesakit resdung sering mengalami masalah kesukaran bernafas bila resdung mula menyerang. Hal ini kerana ianya menyebabkan otot dibahagian hidung yang membengkak dan menghalang pengaliran udara dengan sempurna akibat dari resdung.

Nak tahu lebih lanjut pasal resdung dan asma nie, jom tonton video ini, dari pakar ENT KPJ, DR. Vincent



So, bila seseorang mendapat penyakit resdung nie, kita yang berada disekeliling dengan nya pun akan berasa tidak selesakan, apatah lagi si penghidap resdung, mereka lagilag tidak selesa, kesukaran bernafas, dan juga mengalami masalah sakit kepala.

BAGAIMANA NAK MENYELESAIKAN MASALAH RESDUNG INI ??

Terdapat beberapa cadangan yang boleh membantu pesakit resdung unutk mengatasi masala mereka, antaranya :

1. ELAKKAN DARI ALLERGEN 
- Pesakit resdung nie sebenarnya alah kepada habuk, jadi anda haruslah mengelakkan diri anda dari sebarang benda yang boleh menyebabkan resdung anda bertambah teruk seperti karpet, haiwan berbulu, tilam, debunga dan lain-lain lagi.

2. MAKAN UBAT SEPERTI YANG DISYORKAN
- Doktor akan mencadangkan anda untuk mengambil ubat bagi mengurangkan masalah resdung anda. Ada 2 jenis ubat yang disyorkan 

i - Anti-histamine berfungsi untuk menghentikan proses yang menyebabkan alahan (Chlorpheniramine, Cetrizine dan Loratadine) adalah contoh ubat yang disarankan oleh doktor.

ii - Pseudrephedrine - untuk hilangkan hidung berair dan berfungsi untuk kecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya air hidung dapat dikurangkan 

iii - Spray yang berasas streoid - berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung

3. SET SHAKLEE
- Shaklee juga ada menyarankan pengambilan suplement untuk membantu mengurangkan masalah resdung ini.


B COMPLEX
- B6 sangat penting untuk memulihkan selaput lendir yang sihat dan membantu keluarkan antibodi badan
- Ia juga membantu dalam pembinaan protein
- membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan untuk menyingkirkan sel mati
- memelihara sistem saraf
- bertindak sebagai anti-stress

ALFALFA COMPLEX
- mengurangkan keradangan kesakitan
- kaya dengan klorofil yang membantu mengurangkan elergik
- mengatasi msalah kegatalan hidung

VITAMIN C SR
- bertindak sebagai anti-histamin yang membantu mengurangkan alahan
- membantu mencegah pengeluaran histamin dalam tubuh
- meningkatkan fungsi T-Cell dan Madrophage (berfungsi sistem pertahanan  badan dan sel darah putih)
- membantu meningkatkan pertumbuhan tisuS


Di sini saya nak sharekan vlog testimoni masalah resdung yang dialami oleh seorang pesakit sejak zaman sekolah lagi. Dan kini, beliau semakin aktif dan tidak lagi mengalami masalah resdung.



Jangan tunggu lagi, segeralah dapatkan SET RESDUNG anda sekarang untuk membantu atasi masalah penyakit ini.Hakikatnya, resdung ini boleh menyebabkan penyakit lain seperti kanser dan juga boleh membawa maut. Anda boleh buat pesanan dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=274dbd572e4be9cc41e1189395e98905

Jika anda inginkan sebarang pertanyaan, boleh je hubungi saya..


Tuesday, 3 April 2018

THYROID : CARA-CARA MENGATASINYA DAN MENGURANGKAN RISIKO TERJADINYA KEMBALI

April 03, 2018 0
THYROID : CARA-CARA MENGATASINYA DAN MENGURANGKAN RISIKO TERJADINYA KEMBALI
Assalammualaikum..

Kalau sebelum nie kita tahu pasal jenis-jenis thyroid yang mana ada 2 jenis iaitu hyperthyroid dan hipothytoid. Kedua-dua thyroid nie semuanya berkaitan dengan kelenjar thyroid, yang mana kelenjar thyroid nie mengeluarkan hormon untuk keseimbangan badan.Kalau anda nak tahu simptom thyroid nie ape, boleh click DISINI

Tapi jika kelenjar thyroid nie mengeluarkan salah satu jenis thyroid ni melebihi dari biasa, maka ianya akan menjadi satu penyakit. Dan setiap fungsi hormon itu menjadi tidak stabil dan boleh menyebabkan terjadinya kanser thyroid.

Kali nie pula saya nak share kan tentang cara mengatasinya secara semulajadi atau kita panggil secara tradisional. Jom kita tengok apa yang boleh menurunkan paras hormon thyroid.


1. PILIH MAKANAN YANG SEIMBANG

 Bagi pesakit thyroid, mereka memerlukan makanan yang sihat untuk mengawal pengeluaran hormon thyroid nie. Silap makan boleh menyebabkan hormon thyroid bercelaru. Jadi, memilih makanan yang betul dengan keseimbangan hormon seperti makanan yang mengandungi iodin, selenium, vitamin. Ianya dapat membantu menghasilkan hormon yang baik. Antara makanan yang disarankan seperti gandum, beras perang, pasta gandum, organik. Nak yang lebih baik, anda boelh amalkan eat clean.

2. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Memilih makanan berkhasiat memang sukar lebih-lebih lagi bagi pesakit tyhriod. Mereka perlu memilih makanan yang seimbang. Contohnya, jika anda ingin memakan daging, sila pastikan daging tersebut adalah daging tanpa lemak (daging dari haiwan yang makan rumput kerana kandungan lemak omega 3 dan 6 adalah berbeza). Dan kalau boleh, daging tersebut tidak disuntik hormon atau diberikan antibiotik.

Kalau anda bukan seorang yang makan daging, anda juga boleh memakan ikan yang tidak mengandungi merkuri yang tinggi. Kerana kandungan merkuri yang tinggi boleh menyebabkan hormon thyriod menjadi lebih buruk. Seeloknya pilih lah ikan yang mengandungi kandungan Omega 3, kerana ianya dapat mensatbilkan dan mengimbangkan kandungan hormon thyroid anda.

3. MENURUNKAN KANDUNGAN PARAS GULA

Haa..yang nie selalunya terjadi pada mereka yang menghidap penyakit diabetes. Tak kiralah berapa stage or type diabetes anda, ANDA DIMINTA MENGURANGKAN KANDUNGAN GULA. Jika anda ingn tahu, kandungan gula juga boleh mempengaruhi hormon thyroid. Jadi, seeloknya, anda perlu mengambil stevia sebagai pengganti gula.

4. MINUM AIR YANG BANYAK

Ini adalah rutin harian kita minum air sekurang-kurangannya 3Liter setiap hari, Bila kita cukup kadar minuman air dalam badan, ianya dapat menstabilkan segala hormon yang ada dalam badan kita. Bukan sahaja baik untuk hormon, malah ianya juga sangat terbaik untuk buah pinggang.

5. MENGURANGKAN TEKANAN

Tahap stress yang tinggi boleh mempengaruhi hormon thyroid. Bila keadaan kita stress, badan kita akan mengeluarkan hormon yang tidak seimbang dan ianya boleh membuatkan kita berasa tegang, marah, letih, dan sebagainya. Jadi, cara terbaik adalah mengurangkan stress. Oleh itu, anda dikehendaki pergi bercuti ke untuk hilangkan stress.

6. REHAT SECUKUPNYA.

Mendapat rehat cukup memang bestkan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerjaya, bekeluarga. Luangkan masa anda dengan menjalani terapi di spa ke, tidur dengan cukup ke or jika anda jenis yang suka travel, lebih baik anda pergi. Bila kita mendapat rehat yang cukup, badan pun akan segar kan.

Jika diatas adalah cara yang paling senang dan semulajadi. Ini pula adalah cara yang paling terbaik untuk diri anda. Ianya membantu untuk mengurangkan risiko terjadinya thyroid berulang kali.

Contoh untuk suplement Hyperthyroid

Supplement yang terbaik ini akan membantu anda tau.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
- membantu mengurangkan stress/tekanan
- Menguatkan sistem imunisasi badan anda

VITAMIN E COMPLEX
- memngandungi kandungan antioksidan yang kuat 
- membantu mengukuhkan lagi sistem imun
- membantu melambatkan pertumbuhan kanser

OMEGA GUARD
- membantu menstabilkan hormon thyroid

LECITHIN
- membantu pencernaan yang baik
- membantu menstabilkan hormon
- mengurangkan stress

VITALEA 
(sesuai untuk hyperthyroid)
- membantu membekalkan tenaga
- membantu menjaga kesihatan thyroid

ESP 
(sesuai untuk hyperthyroid)
- membantu memebekalkan tenaga
- kandungan protein yang cukup untuk badan
- membantu tingkatkan sistem imun


Hormon thyroid nie memerlukan Resveratrol yang mana ianya bertindak sebagai antioksidan yang membantu menstabilkan hormon thyroid nie. Kat dalam Vivix ada Resveratrol.

Saya nak share testimoni pesakit hyperthyroid yang dah mencuba suplement Shaklee nie..

 

Jadi, anda tak perlu risau lagi dengan penyakit thyroid nie, sebabnya ada suplement yang dapat membantu anda.Jika anda ingin membeli secara online boleh je click kat bawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ed6e6a016ad5ed80cb9d227067cc6b87
 
------------------------------------------
Anda berminat untuk milikinya, boleh je hubungi saya dibawah nie..Saya sedia membantu anda.



Tuesday, 27 March 2018

THYROID : KENALI PUNCA, SIMPTOM DAN KESANNYA..ADAKAH IANYA MEMBAHAYAKAN ?

March 27, 2018 0
THYROID : KENALI PUNCA, SIMPTOM DAN KESANNYA..ADAKAH IANYA MEMBAHAYAKAN ?
Assalammualaikum.



 Tiroid merupakan kelenjar berbentuk rama-rama yang terletak dibahagian hadapan leher. Ianya mengeluarkan hormon tiroid yang berfungsi memberikan tenaga dan metabolisme. Masalah utama yang sering terjadi apabila tiroid kekurangan iodin.

Bila iodin kurang dalam hormon tiroid, akan timbul beberapa masalah seperti kemurungan, berat badan menurun dan kurang bertenaga. Iodin boleh di dapati di dalam makanan seperti yogurt, keju mozarela, kranberi, strawberi, rumpai laut, susu dan telur.



Dalam kelenjar tiroid ini akan mengeluarkan  2 hormon iaitu hormon Tiroksin (T4) dan hormon Triiodotiroksin (T3). Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan. Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon.

Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.

Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
1. Berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal iaitu :
i - Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif). Penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan
 
ii - Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif). Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)

2 .Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri
 
i - Goiter merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak, tetapi ianya bukan penyakit. Ianya boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
 
ii - Nodul tiroid ialah ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor . Ianya boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.

iii - Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal. Ianya boleh terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda  limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.


SIMPTOM-SIMPTOM 




Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
  1. Tangan menggeletar (tremor)
  2. Rasa gementar
  3. Degupan jantung yang laju
  4. Mudah berpeluh dan panas
  5. Susut berat badan
  6. Lesu dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
  1. Lesu
  2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
  3. Kulit kering
  4. Sembelit
  5. Sentiasa berasa sejuk
  6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

KESAN-KESAN 

Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah seperti :
  1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
  5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
  6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh mendatangkan masalah seperti :
  1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
  2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
  3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
  4. “Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.

Jadi, kita seharusnya peka terhadap setiap anggota tubuh badan kita untuk mengenalpasti akan kewujudan sesuatu penyakit.Nanti saya akan sharekan tentang cara mengatasinya.






Tuesday, 6 September 2016

VIRUS ZIKA : BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH VIRUS INI DARI TERUS DISERANG DAN MENJADI MANGSA KEADAAN ?

September 06, 2016 0
VIRUS ZIKA : BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH VIRUS INI DARI TERUS DISERANG DAN MENJADI MANGSA KEADAAN ?
Virus Zika dah semakin menular di negara jiran kita..Kalau pagi tadi saya dengar berita..semakin ramai yang menjadi mangsa virus Zika nie...Terutama kaum wanita..dan yang lebih menyedihkan lagi adalah kaum bakal ibu juga...Sewhingga kini masih tiada lagi jawapan penyelesaian tok virus Zika nie..

Bagaimana pula terjadinya virus Zika nie..???




Kalau ikutkan dari kajian..sebenarnya Virus Zika nie dah lama wujud kat dunia nia tau...Dan yang pertama sekali ditemui di Uganda pada tahun 1947 lagi...Virus ZIka nie disebarkan melalui nyamuk Aedes dan Chikungunya dengan jebis Aegypati yang paling banyak sekali..Tetapi ada satu nyamuk jenis Albopictus yang mampu menyebarkan virus Zika..

Waktu yang paling digeruni adalah waktu awal pagi dan senja kerana waktu nielah nyamuk aedes akan bawa virus Zika nie..Dan sehingga kini masih tiada lagi rawatan yang mampu untuk menghalang pembiakan dan penyebaran virus Zika nie




Bagaimana pula untuk mencegahnya??


Mungkin sesetengah orang akan berfikiran...Kalau dah kementerian kesihatan pun susah nak cari penawar..inikan pula dengan kita untuk mencegahnya...Ingat ye..Merawat dan mencegah adalah mempunyai maksud yang berbeza...Merawat adalah untuk mengubati..Tapi mencegah adalah untuk mengawal..Kan berbeza tu..

Kementerian Kesihatan pun dah bagitahu cara untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes kan..Tapi disini saya akan membantu anda untuk megawal, mencegah dan membantu untuk kuatkan sistem ketahanan tubuh badan kita...


Shaklee telah memperkenalkan satu set ketahanan sistem imun tubuh badan kita..Dalam set nie, setiap produk mempunyai fungsi yang saling melengkapi antara satu sama lain..

NUTRIFERON
- Dihasilkan dari biji labu yang sememangnya kaya dengan sumber-sumber semulajadi
- Dengan campuran fitonutrien yang membantu menyokong imun yang tepat pada peringkat sel
- Meningkatkan paras interferon secara semulajadi..Interferon nie adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh dan yang paling mahal sekali..Dan dihasilkan secara semuljadi dan digunakan dalam merawat Hepetis B, AIDS, dan Kanser

VITAMIN C SR
- Meningkatkan penghasilan antibodi (B-Limposit, Imuniti Humorol)
- Meningkatkan sistem imun
- Bertindak sebagai anti-oksidan
- Meningkatkan pembentukan prostaglandin
- meningkatkan fungsi Fagositik
- Meningkatkan penghasilan Interferon

VIVIX
- Bertindak sebagai anti-oksidan
- Kaya dengan kuasa Resveratrol sebanyak 13x ganda
- Membantu melindungi dari radikal bebas
- Meningkatkan sistem imun dalam tubuh


Lindungilah keluarga anda dengan mempertahankan sistem imun mereka...In Shaa Allah..segala kemungkinan boleh dicegah dari sekarang..Dapatkan rawatan dengan segera jika anda merasakan ketidakselesaan pada tubuh anda..

Jika anda ingin bertanyakan sebarang pertanyaan dan soalan boleh hubungi saya untuk meklumat lanjut..

Hafza Aein
017-3739567

Friday, 3 June 2016

KEPENTINGAN KOLESTROL DALAM TUBUH BADAN KITA UNTUK KITA MENGETAHUINYA

June 03, 2016 0
KEPENTINGAN KOLESTROL DALAM TUBUH BADAN KITA UNTUK KITA MENGETAHUINYA
KOLESTROL...ramai yang masih lagi keliru dengan kolestrol..tak semua kolestrol tu jahat yang boleh buatkan tubuh badan kita sakit...Tapi ada juga kolestrol yang baik yang mampu dan membantu mencegah dari serangan kolestrol yang jahat..

Dan bagi sesetengah orang..ada yang berfikiran..hanya orang gemuk sahaja yang ada kolestrol nie..orang kurus tak xdenya..ternyata itu adalah salah..Kolestrol boleh ada juga dalam tubuh badan kita tak kiralah kita nie badannya gemuk ke..kurus ke..

Nak tahu ape itu kolestrol...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOLESTEROL

Bila sebut kolesterol ni, semua orang pun takut kan? Mana taknye, dia sgt berkaitan dgn penyakit2 kardiovaskular (sakit jantung), stroke dan sebagainya.
Tapi kolesterol ni sebenarnya penting untuk tubuh kita tau. Kita perlukan kolesterol untuk:-
- Pembinaan membran sel. Membran sel ni kerjanya melindungi sel kita & mengawal aktivti keluar-masuk macam2 benda ke dalam sel kita.
- utk metabolisma vitamin2 larut lemak ---> A, D, E, K
- utk penghasilan hormon
- utk penghasilan jus hempedu.
Justeru badan kita kena ada kolesterol, tapiiii dl, kuantiti seperti di bawah:-
LDL (kolesterol jahat) ---> tidak melebihi 2.6 mg/dL
HDL (kolesterol baik) ----> mesti lebih dari 1 mg/dL
Jumlah total kolesterol ----> mesti kurang dari 5 mg/dL
kalau orang yg biasa buat blood test & ada bahagian kolesterol tu, ce tengok dalam2 sikit range korang kat mana.
Kolesterol dalam badan ni tak ditentukan oleh saiz badan ye. Badan besar ke badan kecik ke, boleh jadi kolesterol tinggi atau rendah. ada orang kurus kering tp kolesterol tinggi... ada orang comey tembam tp kolsterol rendah.
Faktor yang menyumbang kepada tingginya kolesterol seseorang:-
--- pemakanan. yang ni yang paling dominan lah kalau kita kat malaysia ni. syurga makanan katanya.
--- stress. yang ni pun satu hal.
--- merokok
--- hati yang tidak sihat. bukan sakit hati kat orang (pun boleh jd juga kalau sampai stress) tapi liver problem.
--- pengambilan alkohol & ubat2an yang tidak dikawal (misalnya asal sakit je makan ubat walaupun tanpa preskripsi).
Directly kita dapat kolesterol dari makanan kita, dan dari hati. Hati akan release kolesterol bila kita makan makanan yang mengandungi trans fat&lemak tepu. Dan juga bila ada sel kita rosak, hati akan release kolesterol utk kerja2 penyembuhan. Bila kita stress pun hati akan rembeskan kolesterol. Kalau kita tak kawal2 benda2 tu, contohnya tak makan Vivix, tak macam B Complex utk kawal stress, hati kita terus supply kolesterol ke dalam blood stream... hmmm, masa tu walaupun jaga makan, kolesterol tinggi juga.
Badan kita ni perlukan penjagaan yg holistik atau keseluruhan. Kita tak boleh nak jaga satu part je, part lain kita biar, tokleh2. semua sekali kena jaga.
Jadi jangan tinggal vitamins walaupun rasa OK jer.. takde masalah ponnn. Especially multivitamins (VitaLea) & vitamin2 asas seperti b Complex, vita C, Vivix dan sebagainya... termasuklah Phytocol yg mengandungi fitosterol, khas untuk menghalang penyerapan kolesterol dan juga menurunkan paras LDL dalam darah.
smile emoticon
Allahumma yassir wa la tu'assir.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak..tak semua kolestrol nie jahat kan..dan ada guna juga yang kolestrol nie dalam tubuh badan kita tau..jadi mulai sekarang, kita perlulah menjaga tahap paras kolestrol dalam tubuh kita..nak mengawal paras kolestrol nie memang susah kalau tak bersungguh-sungguh..tapi ianya tidak menjadi masalah kawalan kolestrol dengan Phytocol-ST..