PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS - CINTA HATI SAYA

Thursday, 19 April 2018

PSORIASIS : KENALI APA ITU PSORIASIS DAN FAKTOR TERJADINYA PSORIASIS

Assalammualaikum,

Bila bercerita pasal kulit, ramai yang mengalami masalah kulit. Contoh masalah kulit yang sering kita dengar seperti kelemumur, kulit berminyak, rambut gugur. dan sebagainya. Ada sesetengahnya akan mengalami masalah kulit yang teruk sehingga boleh menyebabkan luka dan mudah bernanah.

Tapi tahukah anda masalah kulit PSORIASIS ??


Psoriasis juga adalah masalah kulit yang merupakan penyakit autoimun pada kulit kepala seperti kulit bersisik berlapis warna perak, penebalan warna merah dan juga pesakit akan merasa kegatalan.Penyakit autoimun nie bermaksud kekeliruan sel imun badan yang menyerang sel badannya sendiri. Sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar psoriasis. Ianya berbeza dengan ekzema ye.


Penyakit psoriasis nie bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya juga berkaitan dengan keturunan. Malah ada juga sesetengah orang akan mengalami masalah keradangan sendi kerana ianya berlaku dibahagian kulit kepala, siku, lututu dan bahagian belakang badan. Masalah psoriasis nie jika tidak dirawat boleh menyebabkan menjadi teruk sehingga mengancam nyawa.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah psoriasis nie.

1. PERSEKITARAN
(keadaan persekitaran juga boleng mencetuskan serangan terutama jika kulit terkena jangkitan kuman)

- suhu yang rendah
- kulit yang sensitif hingga boleh luka
- alkohol
- jangkitan kuman
- tekanan
- ubat


2. GENETIK
(masalah keturunan juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini)

- punca serangan boleh melalui saluran pernafasan seperti batuk dan selesema
- Obesiti juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit psoriasis


3. SISTEM IMUN
- Penyakit psoriasis nie merupakan penyakit autoimun, jadinya sistem imun juga merupakan salah satu faktor yang menjadi punca terjadinya psoriasis.



SIMPTOM-SIMPTOM
- kawasan kulit kelihatan putih dan akan menjadi kemerah-merahan
- kegatalan pada kawasan kulit yang terlibat
- kuku yang tidak rata
- sakit pada bahagian sendi



KOMPLIKASI
- boleh terjadinya jangkitan bakteria/kuman
- mempunyai risiko untuk penyakit limfoma
- mempunyai risiko untuk serangan jantung atau angin ahmar
- mudah mendapat serangan keradangan sendi
- menghidapi masalah injap jantung.


Penyakit psoriasis nie sehingga kini masih tidak diketahui punca dan penyebabnya. Para sainstis dan juga doktor juga tidak dapat mencari bagaimana terjadinya penyakit psoriasis nie. Oleh itu, hanya dengan rawatan tertentu sahaja ianya dapat membantu mengurangkan keradangan penyakit psoriasis nie.

Psoriasis juga ada beberapa jenis yang boleh di kategorikan ye. Bukan hanya ada satu je psoriasis. Dan setiap psoriasis nie ada yang boleh menyebabkan keadaan menjadi teruk.


No comments:

Post a Comment