Assalammualaikum...selamat pagi..
Saya tahu ramai yang sekarang nie pasti mengamalkan diet untuk kuruskan badan kan...Bersungguh-sungguh nak diet..Almaklumlah..Tak lama lagi dah nak puasa lepas tu dan nak raya..mane-mane yang berat badan nya susah nak turun tu memang menjadi masalah kan..
Tapi tak usah khuatir..nasi sebenarnya tak menjadi masalah pun untuk kuruskan badan..Nak cara yang paling senang dan mudah..Boleh ikuti cara-cara nie..In Shaa Allah.. Anda akan dapat berat badan yang diidamkan..
---------------------------------------------------------------------------------------
Jom..kita ikut sama-sama cara nak kuruskan badan dengan gantian nasi..
UBI KAYU
Semua orang tahu, yang ubi kayu dimakan pada zaman perang..menggantikan nasi yang pada ketika tu..nasi amat sukar diperolehi..Jadi fungsi ubi kayu menggantikan nasi time tu amat lah berguna..
Fungsi ubi kayu juga sama dengan nasi..kerana mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kompleks..Memang sesuai sangat untuk digantikan dengan nasi...Selain tu juga, ubi kayu juga dapat menurunkan kadar kolestrol jahat yang sering kali mengundang masalah pada tubuh badan...
JAGUNG
Jagung juga membantu untuk menurunkan kadar berat badan seseorang jika diamalkan selalu...Ini kerana, jagung juga merupakan sumber karbohidrat yang tinggi yang memenuhi keperluan tubuh manusia..
Selain itu, jagung juga kaya dengan nutrisi yang mana sering dipandang ringan oleh manusia..Antara kandungan nutrisi yang ada pada jagung ialah anti-oksida, Vitamin B dan serat mineral..
Biasanya, jagung nie sesuai dimakan bile dijadikan sup ataupun salad..memang sedap..
KENTANG
Kentang semua orang tahu yang ianya kaya dengan karbohidrat..yang sangat tinggi...Jadi pada mereka yang inginkan kurus boleh amalkan makan kentang..Selain itu, kentang juga mampu membakar lemak yang ada pada tubuh...
Kentang kaya dengan sumber nutrisinya yang tersendiri,,iaitu Vitamin C, Vitamin B, Zat Besi, Kalsium dan Kalium...
PASTA
Biasanya, orang Italy sahaja yang suka makan pasta..sebabnya mereka inginkan bentuk badan yang ideal...Jadi sekiranya anda inginkann jadi seperti mereka..anda haruslah makan pasta untuk kekalkan berat badan yang ideal...
Kandungan Indeks Glikemik nya adalah sangat rendah...iaitu 4.1 sahaja...dan juga rendah kandungan lemak...walaupun kandungan nya sama dengan nasi..
OAT
Oat memang sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan menu diet yang sihat..Selain itu juga, ianya mampu membantu mencegah penyakit jantung, kolestrol dan diabetes yang menjadi musuh utama manusia..
Oat juga mampu memberikan tenaga yang cukup untuk seseorang itu..kerana ianya memberikan tenaga pada tubuh daripada nasi..
SUKUN
Sukun antara makanan yang membantu untuk kurus..Ianya boleh menggantikan nasi bagi mereka yang inginkan kurus juga..Ini kerana sukun mengandungi flavonoid yang membantu melindungi jantung dan buah pinggang..
Memang sedap jika ianya direbus atau dikukus...
UBI KELEDEK
Ubi keledek...pun orang dahulu juga suka makan..Ada yang dibuat kuih..buat menu masakan dan lain-lain lagi...Tapi sebenarnya ubi keledek juga boleh membantu untuk kuruskan badan untuk gantikan nasi..
Kaya dengan pelbagai nutrisi yang sangat berkhasiat...Sebab tu lah, ubi keledek menjadi menu utama pada zaman dahulu...
KELEDEK
Ada sesetengah daripada kita, tak sukakan keledek..Tapi kalau anda ingin tahu...yang sebenarnya keledek adalah sangat tinggi kandungan karbohidratnya iaitu 80%..Keledek sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mengamalkan diet..
Jadi, jika anda inginkan berat badan yang ideal dan tak nak makan nasi..boleh makan keledek je..
-----------------------------------------------------------------------
Pada anda yang inginkan kurus dan tak makan nasi..cer try makan menu diatas...In Shaa Allah..pasti berhasil punya lah...
No comments:
Post a Comment