ASMA : PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT DENGAN SEGERA - CINTA HATI SAYA

Thursday 1 March 2018

ASMA : PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT DENGAN SEGERA

Assalammualaikum..

Seperti yang kita tahu, penyakit asma adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kadar pesakit asma di Malaysia semakim lama semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dan ramai yang menganggapkannya adalah satu penyakit yang tidak serius.

Jika anda berfikira sebegitu, anda silap ye, kerana penyakit asma adalah penyakit yang paling serius selepas penyakit jantung. Hal ini kerana jika anda lamabt untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, maka pesakit asma boleh mengundang maut.

Berikut adalah keratan dari Harian Metro pada tahun 2015.

" Asma juga adalah isu kesihatan awam serius yang menjejaskan lebih 70 juta penduduk di Asia dan kadar mereka yang menghidapnya meningkat sejajar dengan masa.

Pakar Perunding Kanan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, senario di Malaysia menunjukkan lima peratus golongan dewasa menghidap lelah manakala kanak-kanak mencatat 10 peratus.


“Golongan dewasa di Malaysia menghidap asma antara lima hingga enam peratus manakala 10 peratus kanak-kanak, namun angka itu semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, berkemungkinan disebabkan persekitaran dan makanan,” katanya ketika membentangkan hasil tinjauan REALISE (Recognise Ashtma and Link to Symptoms and Experience) Mengenali Lelah dan Kaitannya dengan Gejala dan Pengalaman Asia di ibu negara, baru-baru ini.

Tinjauan REALISE Asia itu ditaja Mundipharma dengan kerjasama pakar pernafasan di seluruh rantau ini. Tinjauan itu dijalankan ke atas 2,467 pesakit berusia antara 18 tahun hingga 50 tahun di lapan negara di Asia, dari Disember 2013 hingga Februari 2014, termasuk Malaysia membabitkan 151 responden."




Dan ini pula adalah dari portal Kementerian Kesihatan Malaysia..sila klick disini. Portal nie adalah untuk kanak-kanak. Bagaimana terjadinya asma dan bagaimana untuk menceagh dan mengawalnya.


Jadinya, kita sebagai ibu bapa haruslah peka dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit asma nie dari menjadi lebih memudaratkan.





No comments:

Post a Comment