VISI YANG INGIN DICAPAI OLEH KAMI SEKELUARGA (DOAKAN KEJAYAAN KAMI) - CINTA HATI SAYA

Saturday, 3 February 2018

VISI YANG INGIN DICAPAI OLEH KAMI SEKELUARGA (DOAKAN KEJAYAAN KAMI)

Assalammualaikum...

Setiap orang ada misi dan visi masing-masing kan..Samada dapat dipenuhi atau pun tidak..Tapi kebiasaannya mesti dapat dipenuhi kalau dengan kesungguhan dan kegigihan nie membawa kejayaan..

Begitu juga dengan saya, pun ada visi yang ingin dicapai..


Nie adalah visi yang kami sekeluarga ingin capai..

Saya nak sediakan sebuah rumah yang sangat selesa untuk kami sekeluarga dan juga ibu bapa saya. Saya nak ibu bapa saya duduk dengan kami sekeluarga.Nak balas balik jasa dorang yang dah penat lelah membesar dan mendidik saya dan suami hingga sekarang nie.

Financial freedom untuk masa depan. Biasalah hutang nie kalau kita tak settle kan memang sampai tualah kita dilanda hutang. Jadi doakan saya agar berjaya dalam Shaklee untuk saya settle kan semua hutang.

Berikan keselesaan ketika berjalan dengan keluarga. Beli kenderaan yang sangat selesa untuk anak-anak dan ibu bapa berjalan dengan bonus Shaklee.

Berumrah dengan anak-anak, suami dan ibu bapa. Inshaa Allah, ini adalah niat saya memang dari awal-awal lagi sejak join Shaklee..Doakan saya untuk jejakrumah Allah s.w.t ni ye..

Saya berharap dengan doa anda dapat dimakbulkan oleh-Nya. Dan saya juga doakan kejayaan anda.