PART 2 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG - CINTA HATI SAYA

Wednesday 24 January 2018

PART 2 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

Assalammualaikum...

Hari nie saya nak sambung cerita tentang pengalaman diri saya yang hamil ketika suami sakit..Mungkin sebelum nie korang dah tahu serba sedikit tentang keadaan saya dalam part 1. Kalu korang nak tahu ape yang terjadi pada saya..korang boleh lah kat part 1 tu ye..

So, saya nak cerita bagaimana saya nak survive diri saya dengan keadaan suami saya ketika beliau sakit..

------------------------------------------------------------------------------------

Semasa di hospital, keadaan suami ketika itu sangat-sangat kritikal. Sampaikan doktor pun tak boleh nak jangka yang keadaan penyakit suami boleh merebak secepat ini. Yang mana peraliran darah ke saluran otak yang dah tersumbat boleh menyebabkan otak kiri menghimpit otak kanan dan telah memberikan tekanan yang sangat kuat hinggakan boleh menyebabkan kematian..

Dan ketika itu juga, doktor pakar telah mendapat satu keputusan yang mana suami harus dibedah dengan segera tanpa perlu ke HKL untuk membuat pembedahan. Seperti yang kita tahu, hanya di HKL sahaja pakar bedah otak yang ada disana. Tetapi berbeza keadaan disini di Hospital Seremban, tiada kepakaran disini, Jadi, doktor mengambil keputusan dengan menjalani pembedahan dalam masa yang sama mereka berhubung dengan pakar di HKL. Ini pun atas persetujuan bersama dengan pakar disana.

Bila sudah ada keputusan, saya dengan relanya menandatangi surat akur pembedahan. Tapi Allah nak uji diri saya lagi yang mana, pada masa yang sama pakar bedah telah menerima satu tugasan yang penting di dalam bilik OT. Allah....saya terpaksa menunggu lagi untuk beberapa jam sebelum suami masuk ke bilik OT.

Bayangkanlah..walaupun hanya menunggu beberapa jam pun, keadaan saya memang tidak dapat tidur lena, walaupun telah disuruh oleh adik-beradik, ipar duai, nurse dan juga doktor. Kerana mereka lebih risaukan keadaan saya. 

Setelah beberapa jam, akhirnya suami ditolak ke bilik OT untuk menjalani pembedahan pembuangan tempurung kepala. Hanya dengan cara itu sahaja dapat menyelamatkan keadaan suami yang sangat kritikal. Sebenarnya, doktor telah meletakkan harapan hanya 80%-20% sahaja keadaan suami ketika itu. Tapi memandangkan ketika itu suami baru berumur bawah 40an, jadi doktor bersetuju untuk menjalani pembedahan.

Ini adalah pembedahan yang sangat terbesar, bak kata doktor 'Major Operation' yang kita sendiri tidak tahu bagaimana keadaan sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan juga selepas pembedahan. Hanya sebagai manusia yang beragama Islam, semuanya kita letak ditangan-Nya. 

Hanya tenaga yang masih bersisa sahaja saya terpaksa kuatkan semangat dan berdiri untuk menghadapi segala kemungkinan. Berdoa dan bertawakal adalah jalan yang saya pilih walaupun hati dan fikiran masih terawang-awangan.



Nak tahu lebih lanjut..kisah suami saya selepas pembedahan..saya akan sambung tuk part 3...tunggu tau...

No comments:

Post a Comment