PART 1 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG - CINTA HATI SAYA

Friday 19 January 2018

PART 1 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

Assalammualaikum...

Dah lama sebenarnya saya nak.post citer saya nie..rasanya dah dekat 3 tahun lebih saya nk share pasal diri saya nie..walaupun dah lama..tapi tak salah kan..juz tok suka-suka sahaja...

Pengalaman nie berlaku ketika saya hamilkan anak ke 3..Apa yang terjadi pada diri saya nie..adalah sesuatu yang mungkin orang akan anggap ianya hanyalah perkara biasa..dan semua orang pun boleh lakukannya..

Tak kisah lah ape pun tanggapan anda pada diri saya..tak kisah pun..sebabnya setiap orang pasti mempunyai pengalaman mereka tersendiri samada yang manis mahupun yang pahit..

-----------------------------------------------------

Kisah saya nie bermula ketika saya hamilkan anak ke 3..waktu tu kandungan saya baru mencecah usia 5 bulan...dan pada ketika itu..perangai suami saya memang berlainan dari sebelum nie..

Kenapa saya cakap begitu?? Bukan nak buka aib..tapi realiti..Sebab nya sebelum nie perangai suami saya amat-amat baik..boleh lakukan semua keje, boleh tolakansur sesama lain, malah boleh bergurau dengan anak-anak..hinggalah pada suatu hari keadaan dia berlainan sekali

Waktu tu, kami tengah makan tengahari bersama-sama ibaratnya kami berdating suami isteri la..hinggalah dia beritahu saya yang kepala dia menjadi sakit..dia ada migrain dan saya ingatkan perkara biasa la..jadi saya ok je..tak ada hal la..sebabnya dia akan hilang sendiri..

Tapi sehingga sebulan lamanya..keadaan dia makin teruk..semua nya hanya hendak marah je..sampaikan nak bergurau dengan anak pun dia xnak..asik nak marah dan tido sahaja..

Sejak dari hari itu, segala urusan anak sy uruskan sendiri..dari bangun pagi, hantar anak ke tadika dan taska, pergi kerja yang jauh lagi, lepas tu amik pulak anak dari tadika dan hantar ke taska untuk transit, pergi kerja balik, balik semula ke rumah dan amik anak, sambung buat kerja rumah lagi..

Begitulah rutin harian saya sepanjang hamil anak ke 3 nie, hinggalah suami sy dimasukkan ke hospital..bila keadaan dan semakin teruk..dan keadaan kandungan saya time tu dah berusia 7bulan..Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana dengan keadaan saya untuk uruskan semuanya dan dengan anak yang masih kecik iaitu berusia 4 tahun dan 2 tahun..

Ketika suami di hospital saya masih lagi menjalani kehidupan lain pula..dengan menguruskan dia di hospital..tidak cukup tidur..kalau tidur pula..hanya di kerusi malas tu sahaja..sampailah doktor cakap yang keadaan suami semakin teruk dan perlukan pembedahan dengan segera..Nak tahu lebih lanjut..boleh click link nie..



Nak tahu lebih lanjut boleh ikuti di bahagian 2..

No comments:

Post a Comment