PART 3 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG - CINTA HATI SAYA

Wednesday 24 January 2018

PART 3 : PENGALAMAN HAMIL KETIKA SUAMI HADAPI MASALAH STROK DAN JANTUNG

Assalammualaikum..

Sebelum saya dah sharekan kisah saya dalam part 1 dan part 2 kn..So, kali nie saya nak buat sambungan lagi..Harap-harap tak ada lah korang bosan dengan cerita saya ye..

Saya saja je nak share kat dalam wall nie, untuk masa depan anak-anak saya. Biar mereka tahu, bagaimana kehidupan saya dan babah mereka ketika itu. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai pembedahan, suami dimasukkan ke ICU pula selama seminggu. Dan dalam seminggu juga saya terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital, walaupun kita tahu yang ICU tidak boleh menunggu. Dengan keadaan saya yang ketika itu sedang hamil 8bulan, saya berulang alik dan kadang-kadang menaiki tangga hingga ke tingkat 5 semata-mata untuk menunggu suami.

Dan dalam seminggu juga, kadang-kadang, saya berulang alik ke tempat kerja di Nilai dan hospital. Alhamdulillah, Allah s.w.t berikan saya kekuatan dan kesihatan yang terbaik sewaktu menghadapi ujian-Nya. Bayangkan lah dengan keadaan yang sarat ditambah pula dengan dugaan suami yang sakit..Allah..hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana Dia menguji kekuatan dan ketabahan hamba-Nya nie.

Selama seminggu di ICU, suami sekali lagi diuji dengan kesesakan nafas disebabkan kehilangan darah yang banyak sewaktu pembedahan. Hanya dengan tambah darah sahaja boleh bantu untuk menstabilkan keadaan suami. Keputusan doktor hanya boleh dibuat 2jam sahaja. Saya hanya mampu berserah sahaja, jika itu yang terbaik untuk suami. Sekali lagi saya menghadapi tekanan untuk membuat keputusan dengan keadaan sekeliling. Dan akhirnya hanya bersetuju sahaja dengan keputusan doktor.

Alhamdulillah..keputusan doktor tak salah, dan akhirnya telah menyelamatkan nyawa suami. Setelah hampir lebih seminggu suami berada di ICU, dimana saya ternanti-nanti keputusan dan keadaan suami untuk sedar, akhirnya saya mendapat panggilan dari pihak hospital, dimana suami telah sedar. Syukur....alhamdulillah, segala doa kami adik beradik, saudara-mara, sahabat handai, dan semuanya telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Itulah, hari yang paling mengembirakan buat kami semua, hari yang sentiasa ditunggu oleh kami. Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi, dengan segala doa dari semua. Terima kasih buat semua yang telah mendoakan suami saya kembali kepada kami. Alhamdulillah....


In Shaa Allah, jika berkesempatan saya akan share juga bagaimana keadaan suami selepas dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di wad biasa dengan keadaan saya yang masih lagi sarat mengandung. Terima kasih sebab sudi mendengar cerita saya nie...Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment