JENIS-JENIS ANGIN AHMAR YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KITA - BAHAGIAN 1 - CINTA HATI SAYA

Thursday 18 June 2015

JENIS-JENIS ANGIN AHMAR YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KITA - BAHAGIAN 1

Assalammualaikum...jumpe lagi kita hehehe...Sebenarnya tak ramai yang tahu ape itu angin ahmar...Kalau orang putih panggil Stroke...Yang boleh melumpuhkan sistemsaraf manusia...Agak bahaya sebenarnya..angin ahmar nie..kalau tak diambil kisah dan tak ambil peduli...Sebabnya stroke nie boleh menyebabkan kematian...walaupun terlalu tipis kadar kematiannya...

Hari tu saya dah cite cikit pasal Stroke nie..Nak tahu ape dia...sila klik di sini..Terdapat 2 jenis stroke yang kita ketahui iaitu STROKE ISKEMIA dan STROKE PENDARAHAN...Kali nie saya nak cite cikit pasal STROKE ISKEMIA...

APA ITU STROKE ISKEMIA??

STROKE ISKEMIA

Stroke Iskemia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat dan bekalan darah ke bahagian otak tersekat baik separuh mahupun keseluruhannya...Terdapat 4 jenis pula...Jom kita selidik satu persatu...

1. STROKE TROMBOSIS
    * terjadi di arteri yang mana darah beku (trombus) dalam saluran darah tersekat dan menyempit hingga ke tisu paling jauh..Jika trombus nie pecah ianya dipanggil embolus...Selalunya darah beku nie akan berkumpul di sekitar plak aterosklerosis..Penyekatan arteri nie berlaku secara perlahan dan nie menjadi masalah kepada serangan stroke kerana simpton-simpton yang berlaku amat lambat untuk dikesan...

     * terdapat 2 jenis stroke nie..iaitu penyakit salur besar (membabitkan karotid am, karotid internal, verbtebra, dan bulatan Willis) dan penyakit salur kecil (membabitkan arteri intraserebrum, cabang bulatan Willis, arteri serebrum tengah, arteri dari vertebra digtal dan arteri basilar)

SALURAN DARAH DI BAHAGIAN OTAK



2.  STROKE EMBOLUS
     * berlaku dimana ada sekatan aliran darah di arteri ke bahagian otak disebabkan embolus...Seringnya merupakan darah beku tetapi, boleh juga merupakan plak yang terputus dari salur darah aterosklerosis atau bahan lain seperti lemak, udara dan sel2 kanser...Stroke jenis nie berlaku secara tiba-tiba kerana sekatan nie hanya sekejap sahaja dan berkemungkinan bergerak ke tempat lain atau lesap sama sekali

    * ini antara sebab-sebabnya :-

  Strok embolus boleh dibahagikan kepada empat jenis:
  • jenis dengan sumber kardium yang diketahui
  • jenis dengan sumber kardium atau aorta yang berpotensi (daripada ekokardiogram transtorasik dan transesofagus)
  • jenis dengan sumber arteri
  • jenis yang sumbernya tidak diketahui.
Sebab-sebab kardium risiko tinggi termasuk:[1]
Sebab-sebab kardium yang mungkin termasuk:[1]
TROMBOSIS BOLEH MENJADI EMBOLUS

3.  HIPOPERFUSI SISTEMATIK
     * berlaku apabila pengurangan aliran darah ke semua bahagian di dalam badan...Biasanya diakibatkan oleh kegagalan pam kardium yang disebabkan oleh kardium terhenti (aritma)..Atau juga pengurangan keluaran kardium yang diakibatkan oleh penginfarkan miokardium, embolisme pulmonari, lelehan perikardium @ pendarahan...

    * Hipoksema (kandungan oksigen kurang) boleh menyegerakan hipoperfusi..Jika ianya berlaku...Semua bahagian otak terjejas terutama bahagian legeh (kawasan sempadan yang dibekalkan oleh arteri serebrum yang utama)..Ianya tak seharusnya terhenti tetapi jika berkurang boleh merosakkan otak...

4. TROMBOSIS VEBA
    * Vena berperanan untuk salirkan darah balik ke bahagian badan..Trombosis, aliran darah tersekat dan darah akan berundur apabila vena nie tertutp boleh menyebabkan edema serebrum (boleh mengakibatkan kedua-dua stroke iskemia dan pendarahan)..Biasanya berlaku dengan penyakit trombosis vena sinus tetapi jarang berlaku...


Untuk bahagian 1 nie...saya rase sampai cini dulu...Nanti kita ankan sambung pulak bahagian dua iaitu STROKE PENDARAHAN...yang nie sangat bahaya juga..kalau tak dicegah dari awal...
 

No comments:

Post a Comment