JENIS-JENIS ANGIN AHMAR YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KITA - BAHAGIAN 2 - CINTA HATI SAYA

Saturday 20 June 2015

JENIS-JENIS ANGIN AHMAR YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KITA - BAHAGIAN 2

Assalammualaikum

Seperti yang saya bagitau hari tu...kita akan sambung cikit lagi pasal stroke atau angin ahmar...Hari tu saya dah entry kan kt wall yang lain pasal STROKE ISKEMIA...Apa itu iskemia..Bape jenis..Sumenya saya dah tulis kt wall nie...Sila la klick ye...

So, hari nie pulak sy nak gtau pasal STROKE PENDARAHAN....Macam yang kita tahu kan..stroke terbahagi kepada 2 jenis..STROKE ISKEMIA dan STROKE PENDARAHAN...



APA STROKE PENDARAHAN ???

* Terjadi apabila salur darah di dalam otak pecah @ berdarah..Ini mengganggu bekalan darah kerana saluran yang berdarah tidak berupaya membawa darah kepada tisu sasarannya...Darah akan merengsakan tisu otak, sekaligus mengganggu keseimbangan kimia dan menjadikan mudah rosak.

* Jika keadaan nie berterusan, ianya boleh menaikkan tekanan intrakranium yang menjejaskan tisu otak dan menyekat aliran darah ke otak..Stroke nie sangat-sangat berbahayadari stroke iskemia



* Terdapat 2 jenis stroke pendarahan

1. PENDARAHAN INTRASEREBRUM
    - pendarahan terus ke dalam tisu otak yang mengakibatkan pembentukan hematoma(gumpalan darah) yang semakin membesar...Pendarahan ini berlaku di dalam arteri kecil(arteriol) disebabkan oleh hipertegangan, trauma, gangguan pendarahan, angiopati amiloid, pengunaan dadah haram(amfetamina dan kokain) dan kecacatan vaskular

   - Hematoma akan menajdi semakin besar hinggakan menjadikan tekanan daripada tisu di sekeliling menghadkan pertumbuhan (memnyahmampatkan diri) dan mengalir keluar ke dalam sistem ventrikel, bendalir serebrospina (permukaan pia)..1/3 daripada pendarahan nie adalah berlaku ke dalam ventrikel otak...Dan kadar kematian dalah sangat tinggi...


2. PENDARAHAN SUBARAKNOID
    - Pendarahan yang berlaku masuk ke dalam bendalir serebrospina di ruang subaraknoid yang mengelilingi otak..Terdapat 2 punca yang biasa berlaku iaitu...

      i - pecah aneurisme pada pangkal otak
      i i - kecacatak vaskular yang berhampiran dengan permukaan pia

   - berlaku amat pantas dan mengakibatkan tekanan intrakranium pun sangat cepat hanya beberapa saat..Kadar kematian pula akan menjadi genting jika pendarahan nie berterusan..


Oleh itu, stroke pendarahan nie sangat bahaya kepada manusia...Tak kira lah umur berapa pun anda...Penyakit taidak mengenal umur...Andai Allah s.w.t tu berkata..maka jadilah...Kita tidak boleh nak melayan takdirnya...Jadi..harusalha kita beringat sebelum terlambat...



No comments:

Post a Comment