Sudah pastinya bila je hari raya pasti banyak rumah terbuka..Dalam kita bergembira bertandang ke rumah terbuka, kanak-kanak lah merupakan insan yang paling gembira...Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari untuk melindungi keselamatan anak-anak sepanjang masa...
--------------------------------
Jom kita selidik risiko keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan terhadap anak-anak
1. KERACUNAN
- Biasanya tuan rumah akan meletakkan sebarang racun disekeliling rumah untuk mengelakkan dari sebarang bahaya..Oleh itu, pastikan kawasan permainan anak-anak anda tidak berada jauh dari tempat anda duduk..Dan sentiasalah pantau setiap pergerakan anak-anak anda supaya mereka tidak bermain dengan peralatan yang membahayakan diri mereka seperti bahan kimia..
bahan yang mudah dijumpai oleh kanak-kanak |
2. TEMPAT TINGGI DAN LICIN
- Sesetengah rumah saudara-mara anda ada yang terletak ditempat yang tinggi kan..Perlu mendaki bukit cikit untuk sampai...Biasanya ibu bapa akan menyuruh anak-anak mereka untuk bermain diluar sebabnya tak nak ganggu perbualan mereka...Tapi anda harus ingat..keselamatan anak anda harus diutamakan..Oleh itu, anda hendaklah pantau pergerakan mereka..Begitu juga dengan tangga rumah..pastikan anak anda berada jauh dari tangga rumah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidk diingini..
kanak-kanak gemar bermian di tangga |
3. LEMAS
- Sekiranya tuan rumah mempunyai kolam renang..Pastikan anak anda tidak berada berhampiran dengan kolam tersebut..Dan anda sebagai ibu bapa haruslah menasihati mereka supaya tidak bermian berhampiran dengan kolam renang...untuk menjamin keselamatan mereka..Sama juga di dalam bilik air...Pastikan ibu bapa berwaspada dan menemani anak-anak ketika berada di dalam tandas...
kolam renang tempat yang kanak-kanak suka bermain |
4. KEBAKARAN DAN MELECUR
- Tuan rumah pastinya akan menghidangkan makanan ketika tetamu bertandang ke rumah kan...Dapur adalah tempatnya..Pastikan ibu bapa menjauhkan anak mereka dari dapur takut-takut ada dapur panas..air pamas minyak panas..yang boleh mengundang keselamatan anak anda..Begitu juga di tempat yang terbuka seperti plug elektrik, bahan api, mercun. semua tu bahan mudah terbakar..
peralatan dapur yang sering menjadi punca kebakaran |
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya peka terhadap perkembangan anak-anak..dari kecil semasa berguling hingga ke berlari...Ini sangat penting agar keselamatan anak anda dapat dikawal dan boleh mengelakkan kecuaian ketika berada di rumah terbuka..
Jangan biarkan keselamatan anak anda menjadi punca kemalangan..
No comments:
Post a Comment