5 SEBAB PERUT MERAGAM YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Assalammualaikum...dah lama saya tak memblogkan diri kan cini...Maklumlah bz cikit nak uruskan kerja yang patut dibuat dulu...

Kali nie..saya nak menceritakan sedikit pasal perut...Ramai yang tahukan perut merupakan tempat menyimpan segala makanan..Tapi kita tahu tak yang perut kita perlukan 4 jam untuk melakukan proses penghadaman...

Sebab tulah..lepas makan, kita tak boleh tido..sebab time tu akan berlaku proses penghadaman..Kalau kita tido..proses itu akan menjadi sukar..dan bertukar menjadi meragam

Jom kita tengok sebab-sebab perut meragam...

1. LAPAR 

- Biasanya, kita akan berasa lapar bila tak makan kan...Jika kita lewatkan makan, ianya akan menimbulkan satu gas dalam perut dan menimbulkan rasa yang tidak selesa...Tulah yang menyebabkan perut kita akan sakit...Jadi, kita kenelah makan ikut tepat pada waktunya...

KENE MAKAN AWAL WAKTU


2. LAKTOSA YANG TIDAK SESUAI 

- Sesetengah orang mempunyai perut yang tidak boleh menerima produk susu..Jika secara tidak sengaja, anda mengambil produk susu boleh menimbulkan rasa yang kurang selesa pada perut anda seperti kembung perut dan sendawa..Jadi, anda kenelah berhari-hati ketika memilih makanan..

PRODUK SUSU YANG BOLEH SEBABKAN SAKIT PERUT


3. MAKAN BERLEBIHAN 

- Perut boleh menampung 2-4 liter air dan makanan..Jika anda makan berlebihan boleh mnyebabkan perut menjadi mergam..dan tidak selesa...Jadi anda haruslah mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit..supaya perut anda tidak meragam..

MAKAN LEBIH, SUKAR DICERNA


4. STRESS 

- Kadang-kadang, stress boleh menyebabkan perut akan meragam..kerana proses makanan tidak dapat berjalan dengan lancar untuk penghadaman..Jadi, janganlah nak stress ye..kalau tak nak perut meragam..


5. PARASIT 

- Banyak makanan yang kita makan..tapi belum tentu bersih..Makanan yang kotor atau pun yang telah dijangkiti oleh parasit boleh menyebabkan perut anda meragam..Keadaan ini boleh mengganggu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi..



Nak raya nie kan...rumah terbuka pun banyak..Jadi anda kenelah berhati-hati bila beraya..Jangan nak sedap makan je..Nanti perut meragam...Dah tak leh nak beraya lagi..




Popular posts from this blog

PETUA MENGHILANGKAN/MENGURANGKAN ASMA(SEMPUT) SECARA SEMULAJADI AGAR KEKAL SIHAT

PENYAKIT ASMA DAN PENYELESAIANNYA AGAR SIHAT TANPA UBAT

10 KELEBIHAN LECITHIN YANG MESTI ANDA KETAHUINYA AGAR TIDAK TERSALAH PILIH