Pasti ibu bapa akan risau nak bertandang ke rumah terbuka kan...Mane nak pikirkan hal anak-anak yang semakin aktif...Akan membuatkan ibu bapa berasa malu..Sepatutnya, ibu bapa tak perlu malu kerana anak anda aktif..Ini membantu perkembangan otak mereka untuk mengenal dengan dunia luar..
--------------------------------------
Tapi itu bukan menjadi masalah lagi...Jom ikuti beberapa tips nak yang nak dikongsikan buat panduan ibu bapa...
1. UCAPKAN KATA YANG BAIK
- Ibu bapa haruslah memulakan mengucapkan perkataan yang baik seperti Alhamdulillah, dan juga menggunakan nada yang lembut..Selalunya, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh apa yang ibu bapa mereka mulakan dahulu...Jadi, ucapan yang baik akan mempengaruhi anak-anak untuk berkelakuan sopan..
2. HORMATI ORANG TUA
- Hormati orang tua merupakan adab sopan yang harus diutamakan..Ibu bapa haruslah mengajar mereka supaya tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan orang tua..Didik mereka untuk mengawal perasaan marah dan sentiasa senyum walaupun dalam keadaan marah..
3. TUNJUK TELADAN YANG BAIK
- Ibu bapa adalah mentor kepada anak-anak, Jika anda berperangai baik, anak pun anak baik,..Begitu sebaliknya, Jadi ibu bapa haruslah memberikan teladan yang baik kepada anak-anak anda supaya tidak memberikan impak dimasa akan datang..
4. KAWAL TINGKAH LAKU
- Anda haruslah menasihati mereka supaya menjaga segala tingkah laku semasa berada di rumah terbuka..Nasihati mereka dari rumah lagi dengan menggunakan perkataan yang sopan..tetapi tegas..Tindakan anak-anak sukar dikawal dan boleh menngundang risiko keselamatan anak anda..
5. TIDAK GELOJOH
- Rumah etrbuka pastinya akan menghidangkan makanan untuk dijamu...Sebagai ibu bapa anda haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengawal sikap gelojoh anak anda supaya tidak membazir..Sudah pastinya kalau gelojoh, pakaian anak anda akan kotor..Dah tak cantik pulak..
--------------------------------------
Persekitaran sekarang membuatkan anak menjadi semakin pintar dan cergas..Mereka ingin melakukan pelbagai aksi yang menarik untuk diketahui..Sesetengah ibu bapa merasakan anak mereka akan mengundang pelbagai masalah sekiranya tingkah laku mereka tidak dapat dikawal..
Jadi anda haruslah memulakan sejak mereka dari kecil lagi dengan mendidik mereka cara adab bersopan..
No comments:
Post a Comment