Thursday, 7 April 2016

PUNCA DAN TANDA-TANDA YANG BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA VERTIGO

Seperti yang kita sedia maklum kan...Vertigo nie bukan satu penyakit yang serius..Tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan pekak..Hal ini kerana vertigo terjadi apabila tiada keseimbangan badan yang boleh menyebabkan keadaan seperti berputar atau berpusing..

Vertigo..boleh terjadi disebabkan oleh beberapa punca :-

1. BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo)
- kepala jadi berpusing dan tidak boleh bergerak...ianya berlaku secara tiba-tiba..

2. Keradangan di dalam telinga
- (Labyrinthitis). Ia akan berkait dengan masalah pendengaran.

3. Ménièré’s Disease
– Mengalami masalah akan dengar bunyi dengung dalam telinga hingga menganggu pendengaran.

4. Acoustic Neuroma iaitu salah satu jenis tumor yang memberikan kesan pada sebelah telinga sahaja.

5. Pengaliran darah ke otak semakin berkurang sehinggakan memberi kesan pada penglihatan dan tiada keseimbangan untuk berdiri.

6. Multiple sclerosis

7. Mengalami resdung yang teruk hingga kesannya ke bahagian telinga.

8. Mengalami trauma seperti kemalangan di bahagian leher dan kepala

9. Kesan daripada migrain. Vertigo akan bermula daripada sakit kepala yang kerap.


Vertigo boleh dilihat dengan tanda-tanda seperti berikut :

i. Kepala terasa berpinar dan berpusing.

ii. Pandangan mata menjadi gelap.

iii. Pening apabila mengalihkan pandangan

iv. Tiada keseimbangan badan untuk berdiri,berasa longlai dan lemah

v. Telinga terasa berdengung

vi. Rasa loya dan muntah-muntah

vi. Sensitif terhadap cahaya dan bunyi

vii. Penglihatan objek nampak bertindih

viii. Terus rasa tidak bertenaga.