TASKA PERMATA : PROGRAM YANG BANYAK MANFAAT ANTARA ANAK, IBUBAPA DAN GURU - CINTA HATI SAYA

Monday 12 March 2018

TASKA PERMATA : PROGRAM YANG BANYAK MANFAAT ANTARA ANAK, IBUBAPA DAN GURU

Assalammualaikum..

PERMATA..

Rasanya anda semua mesti pernah kenal kan dengan perkataan PERMATA..Bukan Permata yang batu hiasan tu ye..Tapi permata nie adalah program pembelajaran untuk anak-anak di bawah usia 4tahun. Dan program nie adalah anjuran daripada isteri PM kita sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Kenapa saya nak ceritakan mengenai program nie.?? Sebabnya dalam PERMATA nie banyak manfaat yang kita dapat. Bukan sahaja anak-anak dan pendidik itu sendiri, tetapi kita juga iaitu ibubapa yang pentingnya., kerana program nie melibatkan kerjasama antara anak-anak, pendidik dengan ibubapa.Nak tahu apa program yang dorang kendalikan, boleh klik disini. PERMATA

Melalui program nie, banyak aktiviti yang kita lalui antaranya meluangkan masa dengan anak-anak termasuklah anak-anak yang lain.Kiranya, dalam program nie ibu bapa akan bersama-sama dengan anak-anak yang lain untuk mengeratkan lagi ikatan keibubapaan.

Apa yang menariknya disini, melalui PERMATA ibu bapa serta anak-anak dapat menghabiskan masa dengan lebih kerap. Maksudnya, dalam PERMATA, ia memperuntukkan masa selama 4jam sebulan untuk menghabiskan masa bersama dengan anak. Jadi, bagi ibu bapa yang bekerjaya mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memeberikan perhatian kepada anak, maka melalui program ini lah masa yang diberikan digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa.

Sangat-sangat menarik aktiviti yang dijalankan di program PERMATA nie tau. Dan kalau korang nak tahi.u..dalam program nie juga..ibu bapa haruslah memberikan idea bagaimana sesuatu program tu dapat dijalankan dengan lancar. Malah ibu bapa juga akan bekerjasama dengan pendidik untuk menjadikan pusat PERMATA menjadi ranking pertama di Malaysia.









Anak-anak menjadi sangat-sangat gembira bila berada di PERMATA nie tau. Tapi anak saya yang selalu menangis. hahahaha. Tau la ape sebabnya, tapi juz time pagi je la. Bila saya dah pergi kerja, ticer dia pun cakap dah ok dah. Sekejap je dia menangis tu.

Dari pandangan aya sebagai seorang ibu, dalam program anak PERMATA nie, mereka diajar cara pengurusan diri sebelum melangkah ke alam persekolahan. Maksud disini, mereka menguruskan diri sendiri bagaimana cara untuk berpakian, makan, mengemas tempat tidur dan sebagainya.

Malah bukan itu sahaja, mereka juga akan bermain sambil belajar dengan cara menggunakan fizikal mahupun mental. Jadi, anak-anak akan belajar bagaimana fungsi setiap anggota badan itu digunakan.

Jadi, anda dah boleh mulakan persekolahan dengan menghantar anak-anak ke PERMATA untuk membantu mereka mengenal dan mempelajari dengan sendirnya tanpa bantuan kita.


No comments:

Post a Comment