KENAPA PENTINGNYA ASID FOLIK SEBELUM KEHAMILAN DAN SEMASA KEHAMILAN - CINTA HATI SAYA

Wednesday 21 March 2018

KENAPA PENTINGNYA ASID FOLIK SEBELUM KEHAMILAN DAN SEMASA KEHAMILAN

Assalammualaikum..


Semua orang tahu betapa pentingnya asid folik nie. Apa itu Asid Folik nie??


Asid Folik adalah salah satu kumpulan vitamin B, yang mana ianya amat penting untuk setiap tubuh kita. ianya wujud secara semulajadi melalui pemakanan seperti kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah,ekstrak daging lembu dan juga yis. Ianya juga salah satu vitamin larut air. Jadi, kalau korang makan asid folik nie, jangan risau ye sebabnya ianya larut air dan tidak akan disimpan dalan buah pinggang. Sebab itulah, ianya amat penting untuk diambil setiap hari.

Asid folik amat penting untuk diambil kerana membantu beberapa fungsi iaitu :

* Untuk mensintesis DNA, RNA dan untuk membaiki
* Membantu pembahagian sel yang pesat dan pertumbuhan
* Untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat
* Ia adalah penting bagi wanita hamil untuk mempunyai cukup asid folik untuk mengelakkan kecacatan kelahiran utama otak bayinya atau tulang belakang (kecacatan tiub neural termasuk spina bifida dan anencephaly)
* Meningkatkan kesihatan otak. penyelidik Belanda melaporkan bahawa asid folik suplemen boleh meningkatkan daya ingatan.

MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL ASID FOLIK SEBELUM HAMIL ?

Pengambilan asid folik yang sebaik-baiknya adalah 3-6bulan sebelum kehamilan. Hal ini kerana ianya dapat membantu perubahan dalam rahim kita untuk menghasilkan pertumbuhan sel baru.

Asid folik juga amat sesuai untuk diambil oleh lelaki kerana ianya penting untuk membantu proses spermatogenis. Kaum lelaki perlu mengambil asid folik sebanyak 700-1000mg sehari, kerana membantu menguatkan kualiti sprema dan sekaligus membantu mengelakkan dari keguguran. Malah bukan itu sahaja, ianya juga membantu mengelakkan kecacatan sperma.

Bagi kaum wanita pula, ianya sangat-sangat penting kerana dapat membantu kematangan telur ovum dan membantu pembentukan placenta. Bukan itu sahaja, ianya membantu menguatkan rahim agar dapat mensenyawakan sel baru dan sekaligus juga dapat mengelakkan keguguran. Wanita memerlukan 400-800mcg setiap hari.

MENGAPA IANYA PERLU DIAMBIL SEMASA KEHAMILAN ?

Semasa kehamilan berlaku, sel baru mula mengalami pertumbuhan. Ianya dinamakan janin. Setiap perkembangan janin perlukan vitamin yang membantu tumbesaran mereka. Seawal kehamilan, doktor akan memberikan suplement asid folik sekurang-kurang sebelum kandungan seusia 12 minggu. Apabila kandungan memasiku lebih 12 minggu, sistem saraf mula berkembang. Kekurangan asid folik boleh mencacatkan perkembangan mereka. Antara kecacatan yang sering terjadi ialah spina bifida (masalah pembentukan saraf tunjang), risiko kelahiran pra-matang, dan masalah pembentukan tempurung kepala.


Selain itu, dengan pengambilan asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi yang dilahirkan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing. Kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 - 70 peratus.


Jadi para ibu pengambilan asid folik sememangnya amat penting untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Jika kekurangan asid folik bermacam perkara boleh berlaku, contohnya anemia (kekurangan sel darah merah) dan boleh membawa kepada keguguran. Oleh itu, para ibu haruslah mengambilnya walaupun anda tidak suka.

No comments:

Post a Comment