AUTISME : TANDA-TANDA DAN PEMANTAU YANG TINGGI TERHADAP ANAK AUTISME AGAR MEREKA BERDIKARI - CINTA HATI SAYA

Friday 23 March 2018

AUTISME : TANDA-TANDA DAN PEMANTAU YANG TINGGI TERHADAP ANAK AUTISME AGAR MEREKA BERDIKARI

Assalamualaikum.



Kebelakangan ini kita sering dengar mengenai anak Autisme. Malah ada yang bernggapan mereka nie menyusahkan bila sudah besar. Bagaimana nak berdikari tanpa pengawasan dari mereka yang normal. Tapi itu sume tidak membataskan seorang ibu dan bapa untuk menjaga anak mereka yang menghidapi Autisme nie.


APA ITU AUTISME ??

Autisme ialah bukan penyakit yang sering kita dengar tetapi adalah kecelaruan dari segi neurologi dan bukan psikiatris. Ianya adalah berkait rapat dengan fungsi otak. Autisme nie ialah kecacatan perkembangan tegal (Pervasive Developmental Disorder). Ianya juga melibatkan dalm perhubungan sosial, komunikasi emosi, minat, aktiviti dan juga perangai.

Autisme boleh dilihat dari seusia anak seawal 3 tahun lagi, yang mana segala perkembangan mereka seperti terjejas. Sebagai contoh, melakukan sesuatu aktiviti dengan khusyuk dan obses terhadap sesuatu. Walaubagaimanapun, ianya boleh dirawat dengan melakukan latihan awal setelah mendapat tahu melalui dokotr. 

Terdapat 2 jenis autisme yang boleh dikelaskan iaitu autisme regresif dan autisme awal bayi. Autisme awal bayi boleh dilihat sebaik sahaja bayi dilahirkan, manakala autisme regresif pula boleh dilihat seawal 18 bulan.




TANDA-TANDA AWAL AUTISME.

* Anak anda tidak menunjukkan eye contact. Dimana jika anda berkomunikasi dengan mereka, anak anda tidak akan membahas eye contact dengan anda, seolah-olah mereka berada dalam dunia mereka sendiri.

* Tidak menunjukkan tindak balas dengan senyuman. Bila anda bermain dengan anak anda, mereka tidak menunjukkan tindakbalas senyuman. 

* Tantrum yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan kecederaan pada mereka sendiri.

* Sering menyebut perkataan berulang-ulang. Mereka akan menyebut perkataan dengan berulang-ulang walaupun telah mengajar dengan perkataan yang lain.

* Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang agak pelik. Anak autisme nie mereka memang akan lebih cenderung kepada minat yang agak pelik dari anak yang normal. 

* Terlalu obses terhadap sesuatu. Minat mereka akan suka terhadap sesuatu hingga terlalu obses.

* Gemar kibarkan tangan dan berpusing badan setempat. Kadang-kadang mereka suka untuk gerakkan tangan dan berpusingkan badan mereka. Bagi anak berusia 18 bulan keatas, mereka akan menggunakan isyarat sahaja berbanding menggunakan perkataan.


Apa yang perlu ibu bapa buat jika terdapat tanda-tanda ini terhadap anak mereka ?? 


Sebagai ibu bapa, kita sering mengikuti perkembangan mereka dari seawal usia sehari lagi sehinggalah mereka dewasa. Tapi bila adantanda-tanda mereka yang kelihatan berlainan dari kanak-kanak normal, ibubapa segeralah ke hospital untuk mngetahui lebih lanjut tentang tahap kesihatan mereka.

Malah ada juga ibu bapa yang tidak dapat menerima anak mereka menghidapi Autisme nie, tapi ibu bapa jangan bimbang, sekarang nie anak-anak autisme diberikan keistimewaan yang sangat istimewa buat mereka. Malah mereka akan diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk berdikari. Dan sekarang, kerajaan juga telah berusaha untuk membantu golongan autisme nie.




Ikuti cerita ibu bapa nie, bagaimana mereka dapat mengesan tanda-tanda awal autisme terhadap anak mereka. Disini. Betapa tabahnya mereka menguruskan anak yang autisme nie. Semoga mereka kekal tabah dengan dugaan ini.


Anak adalah anugerah dari Tuhan. Setiap anak yang dilahirkan adalah syurga buat kita, samada mereka normal atau pun tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu dimana kedudukan mereka. Kita sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur mempunyai anak. Oleh itu, hargailah mereka, sesungguhnya mereka adalah amat berharga.

No comments:

Post a Comment