TIP MERAWAT DEMAM BAYI AGAR CEPAT SEMBUH - CINTA HATI SAYA

Sunday, 12 April 2015

TIP MERAWAT DEMAM BAYI AGAR CEPAT SEMBUH

Tak sampai sebulan anak kecil ummi demam semula...mungkin faktor cuaca kot..tak pun baby nak tumbuh gigi tak..pape pun ummi doakan ank ummi sihat semula..

--------------------------------------------------------------

Bile anak tak sihat..mula la kan kita nie tak tentu arah..risau sangat-sangat..mane nak layan dia merengek..menangis..sume jadi tak kene lah...

ibu bapa risau kalau anak demam

Orang dulu-dulu selalu dengan petua mereka..almaklum la..dulu-dulu nak ke klinik perlukan duit..hanya orang kaya sahaja yang ada duit tok ke klinik..tapi mereka ada petua cara nak hilangkan demam bagi anak kecil..

5 petua yang selalu digunakan oleh mereka :-

1.   Tuam bayi anda dengan air suam
       - Ini kerana liang-liang kulit akan terbuka untuk mengeluarkan haba panas..Jika menggunakan ais/air sejuk..liang-liang akan tertutup..ini akan menyebabkan haba panas tidak dapat keluar.

2.   Daun bunga raya
      - Perah daun bunga raya..untuk dapatkan lendirnya..ini kerana lendir-lendir dari daun bunga raya dapat mengurangkan suhu badan anak.



3.   Berikan minuam air suam atau susu 
      - Banyakkan minum air suam kerana apabila demam suhu badan meningkat dan menyebabkan hidrasi pada badan anak anda..sekiranya berterusan ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, otak dan juga boleh menyebabkan kematian..

      - Sekiranya bayi anda masih menyusu badan, berikan dia secukupnya susu anda..supaya suhu badan dapat dikurangkan..begitu juga dengan susu formula..berikan sekerap yang mungkin supaya suhu badan berkurangan.

4.   Mandikan sekerap yang boleh dan pakaikan pakaian yang nipis. Ini boleh mengurangkan suhu badan anak anda..

5.           Minyak zaitun dan bawang putih
      - Panggang bawang putih dengan kulitnya sekali..lepas itu, tumbuk bawang putih dengan minyak zaitun..Sapukan minyak tersebut ke badan, kaki dan tangan bayi anda. Ini dapat mengurangkan panas badan bayi anda.
            
                       
Sebenarnya..banyak cara lain yang boleh mengubati atau mengurangkan demam anak kecil nie..terpulang kepada ibu bapa untuk buat yang terbaik..

Sebagai umat islam..seelok-eloknya amalkan lah surat dari al-quran..untuk menyembuhan demam anak-anak..

1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau
Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.
in Shaa Allah..setiap yang sakit pasti akan sembuh..dengan izin-Nya...amin

No comments:

Post a Comment